Masalah virus komputer, Windows tak stabil atau komputer tak boleh start?

Jika komputer suatu komputer diserang oleh virus komputer, komputer itu mungkin menghadapi masalah ketakstabilan, menjadi perlahan, penggunaan resource tinggi, beberapa program biasa berhenti berfungsi secara normal, masalah yang tak dapat dikenal pasti kerana kelakuan luar jangka dan sebagainya. Masalah mungkin lebih serius jika Windows langsung tak boleh start, mungkin blue screen atau hang selepas logon dan sebagainya.
bod-scaled1000
Perisian antivirus mungkin gagal dipasang atau dilarikan jika virus telah menyerang teruk fail2 sistem. Bagi mengatasi masalah ini, kita perlu kaedah alternatif untuk mengimbas virus tanpa kehadiran virus di dalam memori walaupun komputer itu telah dijangkiti. Salah satu kaedah yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan virus removal tool dan satu lagi boot komputer menggunakan rescue disk antivirus.
Banyak syarikat2 antivirus utama menawarkan virus removal tools dan juga rescue disc untuk kes komputer tidak boleh boot ke Windows. Salah satu daripadanya adalah Kaspersky Rescue Disk 2012. Kaspersky adalah satu jenama anti virus yang top pada masa kini. Penggunaan resource rendah dan pantas.

Kaspersky Rescue Disk 2012

Kaspersky Rescue Disk 10 direka untuk mengimbas dan menyahjangkit komputer serasi x86 dan x64 yang telah dijangkiti. Aplikasi ini patut digunakan apabila jangkitan pada tahap mustahil untuk menyahjangkit komputer menggunakan aplikasi anti-virus atau utiliti penyingkiran malware (seperti Kaspersky Virus Removal Tool) yang dilaksanakan di bawah sistem operasi. Dalam kes ini, pembasmian lebih cekap kerana program malware tidak dapat kawalan (kerana ia tidak dapat dimuatkan ke dalam memori) apabila sistem operasi sedang dimuatkan.
Untuk menggunakan utiliti ini anda perlu mencipta media yang boleh boot komputer sama ada dengan CD/DVD atau USB. Berikut adalah syarat2 berikut yang diperlukan untuk mencipta dan menggunakan Kaspersky Rescue Disk.
Keperluan Sistem
  • Keperluan umum:
    • CD-ROM/DVD ROM (untuk install Kaspersky Rescue Disk 10 dari CD);
    • USB socket (untuk install Kaspersky Rescue Disk 10 dari removable boot drive). Pastikan ruang kosong USB drive tidak kurang daripada 256MB dan drive USB itu perlu diformat dengan fail sistem FAT16 atau FAT32. Jika anda menggunakan NTFS, format semula ke FAT32.;
    • rekoder CD-ROM/DVD (untuk rakam imej Kaspersky Rescue Disk 10) - untuk burn CD sahaja/ USB tak perlu;
    • sokongan komputer untuk boot daripada USB dan CD/DVD;
    • kad video serasi VESA;
    • menyokong fail sistem FAT32/NTFS/Ext2/Ext3/Ext4/Reiser.
    • talian Internet untuk update jika perlu.
Kaspersky Rescue Disk tidak serasi dengan komputer berasaskan Mac.
  • Microsoft Windows XP Home Edition (Service Pack 2 or higher),
  • Microsoft Windows XP Professional (Service Pack 2 or higher),
  • Microsoft Windows XP Professional x64 Edition (Service Pack 2 or higher):
    • Intel Pentium 300 MHz processor or higher (or a compatible equivalent).
    • 256 MB free RAM.
  • Microsoft Windows Vista Home Basic (32/64 bit),
  • Microsoft Windows Vista Home Premium (32/64 bit),
  • Microsoft Windows Vista Business (32/64 bit),
  • Microsoft Windows Vista Enterprise (32/64 bit),
  • Microsoft Windows Vista Ultimate (32/64 bit):
    • Intel Pentium 800 МHz 32 bit (x86)/ 64 bit (x64) processor or higher (or a compatible equivalent).
    • 512 MB free RAM.
  • Microsoft Windows 7 Starter (32/64 bit),
  • Microsoft Windows 7 Home Basic (32/64 bit),
  • Microsoft Windows 7 Home Premium (32/64 bit),
  • Microsoft Windows 7 Professional (32/64 bit),
  • Microsoft Windows 7 Ultimate (32/64 bit):
    • Intel Pentium 1 GHz 32 bit (x86)/ 64 bit (x64) processor or higher (or a compatible equivalent AMD Athlon dsb).
    • 1 GB free RAM (32 bit); 2 GB free RAM (64 bit).
Muat Turun
Perisian ini boleh dimuat turun di http://support.kaspersky.com/viruses/rescuedisk?level=2, direct download link : http://rescuedisk.kaspersky-labs.com/rescuedisk/updatable/kav_rescue_10.iso (237 MB). Dan utiliti untuk cipta bootable USB di http://rescuedisk.kaspersky-labs.com/rescuedisk/updatable/rescue2usb.exe (378 KB)(tidak perlu jika anda hanya mahu menggunakan bootable CD/DVD).
Cara Mengguna
  1. Muat turun fail imej . Jika anda mahu menggunakan bootable USB, sila muat turun tool untuk mencipta bootable USB bagi aplikasi ini, rescue2usb.exe. Langkau ke langkah 3.
  2. Gunakan perisian CD/DVR writer untuk burn imej ISO ke CD/DVD. Misalnya Nero Burning ROM, ISO Recorder, DeepBurner, Roxio Creator dsb. Cadangan burn CD pada kelajuan terendah untuk mengelakkan masalah burn error. Langkau ke langkah 7.
  3. Jika anda memilih untuk menggunakan utiliti ini menerusi USB, larikan program rescue2usb.exe.
  4. Tingkap Kaspersky USB Rescue Disk Maker akan dibuka, klik browse dan pilih imej iso Kaspersky Rescue Disk 10 yang telah dimuat turun tadi.
    krd10_4154_1_en
  5. Pilih drive USB anda dan kemudian klik START.
    krd10_4154_2_en
  6. Tunggu sehingga proses ini selesai, klik OK pada dialog pengesahan Kaspersky USB Rescue Disk has been successfully created.
    krd10_4154_3_en
  7. Seterusnya restart komputer anda dan masuk ke CMOS Setup/menu BIOS dengan menggunakan mana2 kombinasi kekunci Delete atau F2. Sesetengah komputer(motherboard) mungkin menggunakan salah satu kekunci sama ada F1, F8, F10, F11, F12 atau mungkin juga kombinasi kekunci <Ctrl+Esc>, <Ctrl+Ins>, <Ctrl+Alt>, <Ctrl+Alt+Esc>, <Ctrl+Alt+Enter>, <Ctrl+Alt+Del>, <Ctrl+Alt+Ins>, <Ctrl+Alt+S>. Contoh:
    krd10_4154_3_en
  8. Dalam CMOS Setup/BIOS Setup, pergi ke boot prioriti atau menu boot. Tetapkan untuk boot daripada CD atau USB drive. Simpan tetapan dan restart. Anda perlu menukar semula ke tetapan asal selepas menggunakan aplikasi ini. Jika anda menggunakan USB, pastikan drive USB yang telah dicipta dengan imej Kaspersky Rescue Disk dicucuk ke port USB sebelum restart.
  9. Selepas proses boot BIOS (POST), komputer anda akan diboot dengan drive CD/USB Kaspersky Rescue Disk. Tunggu sehingga proses loading selesai.
  10. Mesej Press any key to enter the menu akan dipaparkan. Anda diberi 10 saat untuk menekan sebarang kekunci ATAU komputer akan di boot daripada harddisk.
    krd_4470_2_en
  11. Pilih bahasa yang boleh anda fahami dan hit kekunci <ENTER>. :-)
    krd_8095_01_en
  12. Baca terma dan syarat, dan hit kekunci <1> atau apa2 kekunci yang mempersetujui terma diberi.
    krd_8005_01_en
  13. Pilih mod paparan sama ada grafik atau teks. Hit kekunci <ENTER>. Cadangan pilih mod grafik.
    4122(3)en
  14. Tunggu sehingga proses loading selesai. Perhatikan OS yang digunakan adalah berasaskan Linux. :-D
  15. Desktop  antara muka adalah seperti Windows, mempunyai taskbar dan Start Menu.
  16. Klik menu Start ikon krd_8005_03_1_en dan klik menu Kaspersky Rescue Disk.
  17. Langkah pertama sebaiknya adalah mengemas kini definasi anti virus. Anda boleh abaikan langkah ini jika komputer anda tidak mempunyai talian Internet.
  18. Jika komputer anda dihubungkan ke Internet secara automatik oleh modem anda (router dan DHCP bina dalam), kerja update akan menjadi lebih mudah. Sebaliknya anda perlu menetapkan tetapan rangkaian secara manual, lihat http://support.kaspersky.com/faq/?qid=208286087.
  19. Klik tab My Update Center.
  20. Klik butang Start Update, tunggu sehingga muat turun dan proses update selesai.
    krd_8097_01_en
  21. Klik tab Objects Scan.
  22. Tandakan objek2 yang akan diimbas untuk virus. Pada default, Kaspersky Rescue Disk mengimbas Disk boot sectors dan Hidden startup objects. Tandakan drive2 harddisk untuk diimbas.
  23. Klik butang Start Objects Scan.
    krd_8097_02_en
  24. Tunggu proses imbasan dilaksanakan dan ia mungkin mengambil masa yang agak panjang. Apabila suatu fail selesai diimbas dan objek malicious dikesan, aplikasi ini akan meminta anda menyatakan tindakan yang perlu diambil ke atas ancaman itu. Pilihan anda:
    Disinfect. Objek dinyah jangkitan (jangkitan dihapuskan pada objek), dan anda boleh menggunakan semula objek itu.
    Quarantine. Kuarantinkan objek. Jika tetapan aplikasi, mengimbas objek yang di kuarantin selepas update ditetapkan enable, objek2 yang di kuarantin akan diimbas semula setiap kali database update dan sebaik sahaja objek boleh dinyah jangkitan, ia boleh digunakan semula.
    Delete. Menghapuskan objek yang dijangkiti jika nyah jangkitan gagal. Info mengenai objek yang dihapuskan dipaparkan dalam report.
    krd_7116_04_en
  25. Untuk jenis jangkitan yang sama dan berulang2, anda boleh klik Apply to all objects. Oleh itu tindakan yang sama akan diambil apabila jangkitan itu dijumpai.
Panduan ini dialih bahasa daripada panduan Kaspersky.

Nota : Perisian ini hanya bagi tujuan baik pulih sahaja. Untuk perlindungan antivirus dan firewall berterusan, anda perlu membeli perisian komersil Kaspersky atau apa2 jenama lain.

Selamat mencuba dan selamat dijangkiti virus. hi, hi, hi ...

Karya IT

Ulasan

  1. salam....sy akan ditemuduga utk jwtn jurutknik komputer ft17 pd bln 9 nie...ade x..tip2 soalan yg mungkin akn ditnya...? coz nie first time sy temudga kerja..hu3

    BalasPadam
  2. salam...ade x..tip2 soalan yg mungkin ditnya untuk jwtn jrutknik kmptr ft17?

    BalasPadam
  3. kalau gomen x pasti sgt ... 1st priority mereka adalah sijil yang diiktiraf. kedua mungkin pengalaman ...

    - format, install Windows (termasuk driver hardware) dan perisian. activate perisian ...
    - tahu serba sikit tentang networking. setup networking pada PC, troubleshooting masalah network connection (ping, ...). tahu serba sikit ttg firewall. biasanya pejabat gomen guna fixed ip dan wired network.
    - tahu serba sikit ttg hardware, install hardware baru, driver, troubleshooting masalah hardware ...
    - housekeeping macam scan virus, chkdsk, defrag
    - setup dan setting printer / scanner

    kalau boleh bina komputer dari komponen2 asas pun bagus juga, kerana ia menguji pengetahuan tentang hardware dan juga software.

    semoga berjaya dalam temuduga (^_^)

    BalasPadam
  4. satu lagi ... tahu bagaimana untuk update perisian, windows dan antivirus.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...