Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Software untuk mencipta dokumen PDF

Imej
Dokumen PDF atau portable document format seringkali digunakan dalam pengedaran dokumen dan borang elektronik secara online. Ia menjadi satu standard dokumen online, ia mudah di muat turun (download) atau di muat naik (upload), misalnya sebagai lampiran emel. Dokumen PDF selamat digunakan, boleh diharapkan dan paparan kandungan dokumen adalah sama pada mana2 komputer. Sebagai contoh borang2 jabatan kerajaan, jawatan kosong, katalog harga yang boleh dimuat turun dari Internet. (contoh sebutharga PC semasa : http://www.hardwarezone.com.my/priceLists ) Satu keistimewaan dokumen PDF ialah format/layout dokumen tidak berubah dan pengguna tidak dibenarkan untuk mengubah kandungan dokumen PDF itu. Keselamatan dokumen PDF boleh dipertingkatkan seperti tidak membenarkan menyalin kandungan (copy-paste), tidak boleh print, password diperlukan untuk membuka dokumen PDF, enkripsi dan lain2. Dokumen PDF dengan fitur borang membolehkan borang PDF diisi tanpa mengubah layout borang PDF itu.