Berkongsi pencetak dalam rangkaian–pejabat / labs
Dalam posting kali ini kita akan membincangkan perkongsian pencetak bagi kegunaan dalam rangkaian tempatan LAN seperti pejabat dan juga makmal komputer (Rangkaian LAN rumah pun boleh gak). Kaedah perkongsian pencetak menerusi sebuah komputer seperti dalam artikel terdahulu juga sering digunakan bagi tujuan ini. Kelemahan utama kaedah perkongsian pencetak menerusi sebuah komputer adalah komputer pencetak itu sendiri. Komputer itu perlu dihidupkan meskipun ia tidak digunakan, terutama jika anda sedang melakukan kerja2 mencetak dokumen dari komputer lain. Pembaziran sumber tenaga berlaku di sini.
Peranti pelayan pencetak boleh didapati dalam dua bentuk iaitu rangkaian wifi dan juga rangkaian berkabel ATAU gabungan kedua2nya sekali. Peranti ini boleh didapati pada harga serendah RM100.
Terdapat pelbagai jenama dan model peranti pelayan pencetak atau print server di pasaran. Antaranya :
Sambungan ke pelayan pencetak biasanya sama ada menerusi kabel rangkaian ataupun wireless.
Contoh sambungan bagi rangkaian wireless (wifi)
Kaedah pemasangan adalah berbeza2 mengikut jenama dan model peranti, mungkin konsep pemasangan sahaja yang sama. Sila rujuk buku manual yang dibekalkan bersama peranti print server untuk kaedah pemasangan.
Sebagai tip:
Pastikan printer sedia digunakan dan berfungsi dengan baik, iaitu anda boleh terus mencetak ke printer dengan kaedah biasa (guna kabel USB/parallel). Jika anda tidak boleh mencetak terus ke printer, sila semak pemasangan printer atau troubleshoot masalah printer anda.
Pastikan rangkaian anda berfungsi dengan baik, iaitu anda boleh berkomunikasi dengan komputer lain menerusi rangkaian atau komputer anda tiada masalah untuk mencapai Internet. Jika anda menggunakan rangkaian wireless (wifi), pastikan rangkaian wireless anda berfungsi dengan baik terutama jika anda mahu memasang peranti print server wireless.
Untuk model peranti print server wireless tertentu, anda memerlukan kabel rangkaian untuk menetapkan tetapan rangkaian wireless bagi peranti itu. Pada kali pertama digunakan, fitur wireless bagi peranti itu masih belum tersedia. Oleh itu anda perlu menetapkan tetapan wireless peranti secara manual.
Sesetengah model peranti print server dibekalkan dengan program Wizard yang akan memandu anda semasa pemasangan. Terdapat juga peranti yang dibekalkan bersama utiliti konfigurasi yang boleh dicapai menerusi halaman web bina dalam peranti itu.
Walaupun peranti print server mudah digunakan, masih terdapat beberapa isu, masalah printer tidak disokong oleh peranti print server. Anda perlu menyemak dokumentasi atau buku manual terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu peranti print server. Jika perlu anda mungkin perlu mengemas kini firmware bagi peranti itu. Jika berlaku masalah komunikasi, kemungkinan ia lebih sukar untuk ditroubleshoot berbanding kaedah2 lain bagi perkongsian printer rangkaian. Buku manual penting bagi tujuan troubleshooting.
Sesetengah model pencetak, anda boleh menetapkan terus tetapan rangkaian melalui panel kawalan printer (button dan menu) yang terdapat pada printer itu.
Printer dengan print server bina dalam boleh disambung terus ke switch/router dengan menggunakan kabel. Rangkaian untuk printer tersedia sebaik sahaja ia ditetapkan dan reboot.
Gunakan CD pemasangan printer untuk tetapan printer pada komputer anda dan anda perlu memasang driver printer pada setiap PC secara berasingan. Oleh kerana anda mencetak menerusi rangkaian, port atau saluran yang digunakan pencetak adalah alamat IP private bagi pencetak itu.
Contoh :
contoh lain:
Sebagai cadangan, sebaiknya untuk makmal komputer terbuka. Pihak pengurusan makmal perlu mengimplementasi servis directori Active Directory dan Windows Domain Controller Server. Setiap pelajar mesti log on ke komputer dengan user id (nombor matriks) yang unik.
Satu komputer ditetapkan sebagai pelayan pencetak (lihat perkongsian pencetak menerusi PC khas), default seting pada print manager Windows adalah pause printer (bukan offline). Seorang staf makmal perlu bertugas sebagai print operator. Beliau akan pause semua cetakan yang masuk. Hanya dokumen yang dituntut pelajar akan dilepaskan ke pencetak. Untuk mencetak cetakan yang dibenarkan/ dilepaskan, un pause kembali dan kemudian pause selepas cetakan itu selesai dihantar ke printer.
contoh kaunter printing, semua cetakan dari rangkaian dikawal dan diuruskan di sini
contoh labs komputer:
Selamat mencuba. Selamat berpuasa, kalau ada salah silap, terkasar bahasa dan makna. Harap maaf
. Selamat menyambut Ramadhan Karem.


Karya IT
![]() |
Peranti pelayan pencetak |
Peranti Pelayan Pencetak
Berbanding berkongsi pencetak menerusi sebuah komuter, peranti print server membolehkan anda berkongsi pencetak dalam rangkaian LAN tanpa memerlukan sebuah komputer bertindak sebagai hos/server printer. Penggunaan tenaga oleh peranti pelayan pencetak sudah tentu adalah jauh lebih rendah daripada satu set komputer desktop yang dilarikan sebagai pelayan pencetak.Peranti pelayan pencetak boleh didapati dalam dua bentuk iaitu rangkaian wifi dan juga rangkaian berkabel ATAU gabungan kedua2nya sekali. Peranti ini boleh didapati pada harga serendah RM100.
Terdapat pelbagai jenama dan model peranti pelayan pencetak atau print server di pasaran. Antaranya :
Sambungan ke pelayan pencetak biasanya sama ada menerusi kabel rangkaian ataupun wireless.
Bagaimana peranti pelayan pencetak dipasang dalam rangkaian LAN?
Sebagai contoh, lihat gambar rajah berikut.Contoh sambungan bagi rangkaian wireless (wifi)
Kaedah pemasangan adalah berbeza2 mengikut jenama dan model peranti, mungkin konsep pemasangan sahaja yang sama. Sila rujuk buku manual yang dibekalkan bersama peranti print server untuk kaedah pemasangan.
Sebagai tip:
Pastikan printer sedia digunakan dan berfungsi dengan baik, iaitu anda boleh terus mencetak ke printer dengan kaedah biasa (guna kabel USB/parallel). Jika anda tidak boleh mencetak terus ke printer, sila semak pemasangan printer atau troubleshoot masalah printer anda.
Pastikan rangkaian anda berfungsi dengan baik, iaitu anda boleh berkomunikasi dengan komputer lain menerusi rangkaian atau komputer anda tiada masalah untuk mencapai Internet. Jika anda menggunakan rangkaian wireless (wifi), pastikan rangkaian wireless anda berfungsi dengan baik terutama jika anda mahu memasang peranti print server wireless.
Untuk model peranti print server wireless tertentu, anda memerlukan kabel rangkaian untuk menetapkan tetapan rangkaian wireless bagi peranti itu. Pada kali pertama digunakan, fitur wireless bagi peranti itu masih belum tersedia. Oleh itu anda perlu menetapkan tetapan wireless peranti secara manual.
Sesetengah model peranti print server dibekalkan dengan program Wizard yang akan memandu anda semasa pemasangan. Terdapat juga peranti yang dibekalkan bersama utiliti konfigurasi yang boleh dicapai menerusi halaman web bina dalam peranti itu.
Walaupun peranti print server mudah digunakan, masih terdapat beberapa isu, masalah printer tidak disokong oleh peranti print server. Anda perlu menyemak dokumentasi atau buku manual terlebih dahulu sebelum membeli sesuatu peranti print server. Jika perlu anda mungkin perlu mengemas kini firmware bagi peranti itu. Jika berlaku masalah komunikasi, kemungkinan ia lebih sukar untuk ditroubleshoot berbanding kaedah2 lain bagi perkongsian printer rangkaian. Buku manual penting bagi tujuan troubleshooting.
Printer server bina dalam printer
Model2 printer pejabat atau yang lebih high end, biasanya dilengkapi dengan network dan print server bina dalam (NIC). Model printer rangkaian yang lebih moden mungkin sudah menyokong NIC wireless.Sesetengah model pencetak, anda boleh menetapkan terus tetapan rangkaian melalui panel kawalan printer (button dan menu) yang terdapat pada printer itu.
Printer dengan print server bina dalam boleh disambung terus ke switch/router dengan menggunakan kabel. Rangkaian untuk printer tersedia sebaik sahaja ia ditetapkan dan reboot.
Gunakan CD pemasangan printer untuk tetapan printer pada komputer anda dan anda perlu memasang driver printer pada setiap PC secara berasingan. Oleh kerana anda mencetak menerusi rangkaian, port atau saluran yang digunakan pencetak adalah alamat IP private bagi pencetak itu.
Contoh :
contoh lain:
Cadangan untuk kemudahan pencetak dalam makmal komputer
Kaedah perkongsian pencetak secara terus tidak begitu sesuai dipraktikkan di makmal2 komputer jenis terbuka. Ini kerana pihak pengurusan makmal akan menghadapi kesulitan dalam mengawal cetakan daripada para pelajar. Masalah pembaziran secara keterlaluan sering kali berlaku kerana pencetak rangkaian tidak dapat dikawal dengan baik.Sebagai cadangan, sebaiknya untuk makmal komputer terbuka. Pihak pengurusan makmal perlu mengimplementasi servis directori Active Directory dan Windows Domain Controller Server. Setiap pelajar mesti log on ke komputer dengan user id (nombor matriks) yang unik.
Satu komputer ditetapkan sebagai pelayan pencetak (lihat perkongsian pencetak menerusi PC khas), default seting pada print manager Windows adalah pause printer (bukan offline). Seorang staf makmal perlu bertugas sebagai print operator. Beliau akan pause semua cetakan yang masuk. Hanya dokumen yang dituntut pelajar akan dilepaskan ke pencetak. Untuk mencetak cetakan yang dibenarkan/ dilepaskan, un pause kembali dan kemudian pause selepas cetakan itu selesai dihantar ke printer.
contoh kaunter printing, semua cetakan dari rangkaian dikawal dan diuruskan di sini
contoh labs komputer:
Selamat mencuba. Selamat berpuasa, kalau ada salah silap, terkasar bahasa dan makna. Harap maaf



Karya IT
assalamualaikum,
BalasPadamsaya ingin menucapkan SYABAS dn terima kasih yg teramat banyak atas hasil titik peluh blog ini!
informasi yg padat dn mudah fahami memang kami hargai, hingga cikgu kami rekemen blog nih...
KEEP IT THE GOOD WORK !!!
(psst... blog nih boleh jdi cam amanz.my yg ke-2, hehehe, insya-Allah. AMIN)
Terima kasih kerana berkunjung ke blog ini, gembira dapat berkongsi maklumat dan membantu. (^_^)
BalasPadam