Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Cara update produk2 Kaspersky secara offline ...

Imej
Biasanya produk2 Kaspersky boleh dikemas kini secara online. Tetapi bukan semua pengguna mempunyai talian Internet ATAU mempunyai akses ke Internet tetapi talian Internet sangat perlahan ATAU kos Internet mengikut kapasiti data transfer adalah mahal. Terdapat juga syarikat atau organisasi, di mana sebahagian rangkaian dalaman LAN mereka tidak bersambung ke Internet. Ini bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan rangkaian bagi pelayan2 dan workstation2 penting dan operasi kritikal. Oleh itu dalam kes seperti ini, perisian2 termasuk sistem operasi perlu dikemas kini secara offline. Fail kemas kini dimuat turun dari komputer lain yang mempunyai akses ke Internet dan kemudian fail2 kemas kini digunakan di pelayan / workstation atau PC yang hendak dikemas kini secara offline. Boleh digunakan hampir ke semua produk kaspersky : Kaspersky Antivirus, Kaspersky Internet Security, Kaspersky PURE, Kaspersky SOHO, ... (senarai penuh lihat langkah 3).