Mengenai Penulis

Adalah seorang penulis, pemaju sys. maklumat, konsultan dan programmer. Lulusan Dip. IT (eks), Universiti Malaya. Lebih 17 thn pengalaman dlm ICT. >>>

Get The Latest News

Sign up to receive latest news

Selasa, Ogos 07, 2012

Cara update produk2 Kaspersky secara offline ...

Biasanya produk2 Kaspersky boleh dikemas kini secara online. Tetapi bukan semua pengguna mempunyai talian Internet ATAU mempunyai akses ke Internet tetapi talian Internet sangat perlahan ATAU kos Internet mengikut kapasiti data transfer adalah mahal. Terdapat juga syarikat atau organisasi, di mana sebahagian rangkaian dalaman LAN mereka tidak bersambung ke Internet. Ini bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan rangkaian bagi pelayan2 dan workstation2 penting dan operasi kritikal.



Oleh itu dalam kes seperti ini, perisian2 termasuk sistem operasi perlu dikemas kini secara offline. Fail kemas kini dimuat turun dari komputer lain yang mempunyai akses ke Internet dan kemudian fail2 kemas kini digunakan di pelayan / workstation atau PC yang hendak dikemas kini secara offline.

Boleh digunakan hampir ke semua produk kaspersky : Kaspersky Antivirus, Kaspersky Internet Security, Kaspersky PURE, Kaspersky SOHO, ... (senarai penuh lihat langkah 3).

Apa yang anda perlukan bagi tujuan ini?

  • sebuah komputer yang mempunyai sambungan Internet bagi tujuan muat turun.
  • sistem operasian yang sesuai bagi melarikan perisian utiliti muat turun :
    • Microsoft Windows 98; 
    • Microsoft Windows ME; 
    • Microsoft Windows NT Workstation; 
    • Microsoft Windows NT Server; 
    • Microsoft Windows 2000 Professional;
    • Microsoft Windows 2000 Server; 
    • Microsoft Windows XP Home Edition; 
    • Microsoft Windows XP Professional; 
    • Microsoft Windows 2003 Server; 
    • Microsoft Windows Vista; 
    • Microsoft Windows Server 2008.
    • dan Microsoft Internet Explorer 5.5 atau terkini.
  • jika Linux/FreeBSD :
    • 32bit OS:
      • Red Hat Enterprise Linux 5.2 Server \ Desktop;
      • Fedora 9;
      • SUSE Linux Enterprise Server \ Desktop 10 SP2;
      • Novel Open Enterprise Server 2;
      • OpenSUSE Linux 11.0;
      • Debian GNU/Linux 4.0 r4;
      • Mandriva Corporate Server \ Desktop 4.0;
      • Ubuntu 8.04.1 Server Edition \ Desktop Edition;
      • Linux XP Enterprise Desktop 2008
      • FreeBSD 5.5, 6.3, 7.0.
    • 64bit OS:
      • Red Hat Enterprise Linux 5.2 Server \ Desktop;
      • Fedora 9;
      • SUSE Linux Enterprise Server \ Desktop10 SP2;
      • openSUSE Linux 11.0.
  • USB thumb drive atau portable harddisk untuk menyimpan kemas kini yang dimuat turun. Jika anda mahu gunakan CD / DVD / CDRW /  DVD-RW, anda perlu download dan larikan update ke local harddisk terlebih dahulu, kemudian burn seluruh folder program dan updates ke dalam CD/DVD. 

Langkah 1 : Download KLUpdater.zip

Sila muat turun perisian KLUpdater dari laman web Kaspersky http://support.kaspersky.com/updater?level=2
(http://utils.kaspersky.com/updater/KLUpdater.zip). Utiliti ini dipek di dalam format ZIP, oleh itu anda perlukan utiliti unzip seperti 7zip, Winzip atau WinRar untuk ekstrak fail. Utiliti 7 zip adalah freeware dan ia boleh di muat turun di http://www.7-zip.org/. Sila muat turun mengikut OS Windows yang anda gunakan, sama ada 32 bit atau 64 bit. Utiliti ini hanya perlu dimuat turun sekali sahaja.


Terdapat juga versi kemas kini untuk Linux/FreeBSD.

Langkah 2 : Unzip

Ekstraks KLUpdater.zip ke folder yang sesuai. Untuk fleksibiliti, dicadangkan anda ekstrak ke dalam thumb drive atau portable harddisk. Program kemas muat turun kemas kini akan dilarikan dari thumb drive atau portable harddisk itu.



Langkah 3 : Melarikan updater dan download update

Tujuan : bagi download update bagi definisi antivirus dan juga program update.
  • Buka folder di mana fail di unzip tadi.
  • Larikan program KasperskyUpdater.exe. KasperskyUpdater.exe memberikan antara muka GUI bagi memudahkan anda memuat turun update yang sesuai.

Berikut adalah tetingkap bagi KLUpdater.

  • Klik butang Applications dan tandakan aplikasi2 berkaitan di mana anda ingin kemas kinikan. Tandakan yang perisian berkaitan sahaja (mengikut keperluan anda) atau proses memuat turun akan mengambil masa yang sangat panjang.







  • Klik butang Start untuk memulakan proses download @ muat turun.

  • Tunggu sehingga proses muat turun selesai. Ini mungkin mengambil masa yang agak panjang bergantung kepada talian Internet anda dan juga trafik di server Kaspersky.

  • Fail2 kemas kini disimpan di dalam sub folder Updates.

Langkah 4 : Update perisian di terminal klien

  1. Buka tetingkap utama aplikasi. Dalam contoh ini kita guna Kaspersky Internet Security 2012.
  2. Klik butang Settings di penjuru kanan atas tetingkap aplikasi. Lihat contoh di bawah.
  3. Dalam tingkap Settings, klik Update di penjuru kiri tetingkap.
  4. Sekarang kita perlu tukarkan lokasi sumber update. Di sebelah kanan tingkap Settings, klik tab Update source.
  5. Dalam tab Source, klik button Add untuk memasukkan folder Updates tadi (folder di mana fail update di simpan) sebagai lokasi sumber update program.
  6. Di dalam dialog Select folder source, pilih folder di mana fail update telah dimuat turun di dalam langkah 3. Perhatikan, lokasi folder ini adalah berbeza2, bergantung ke lokasi fail di mana ia disimpan dan mengikut komputer yang digunakan. Misalnya di komputer di mana anda memuat turun fail update, pemacu thumb drive anda adalah G: (G:\kaspersky\Updates), tetapi di komputer lain pemacu thumb drive adalah D: (D:\kaspersky\Updates). Dalam contoh ini, folder adalah F:\Downloads\kaspersky\KLUupdater\Updates. Dan di dalam rajah di bawah pula adalah E:\...\...\Updates. Kemudian klik OK.
  7. Kembali ke tingkap Update settings di tab Source, uncheck @ buang tanda pada petak Kaspersky Lab update servers. Kemudian klik OK.
  8. Kemudian klik button OK pada tingkap Settings.

  • Akhir sekali, larikan Update untuk mengemas kini program.


ATAU



Rujukan :




Selamat mencuba.


Karya IT

0 komen:

Catat Ulasan

Jika sebahagian dari skrin pengesahan komen FB terlindung, klik dialog pengesahan komen FB itu dengan butang tengah tetikus dan heret ke bawah sehingga anda nampak butang Submit.

Related Posts with Thumbnails