Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Projek GB Maps ギビマップ

Imej
Untuk makluman Karya IT sedang giat membangunkan sebuah perisian atau sistem GIS yang berorentasikan Google Maps, yang dikenali sebagai GB Maps ギビマップ. Perisian ini adalah add-on tools untuk simulator keretapi BVE dan OpenBVE, di mana ia akan membantu pengguna mereka bentuk atau melakarkan trek keretapi dan seterusnya menjanakan trek untuk simulator2 BVE/OpenBVE ini.  Perisian ini adalah sumber terbuka, khususnya untuk peminat2 simulator BVE. Ia adalah sebuah perisian baru dan juga standard baru dalam skopnya, di peringkat antara bangsa. Perisian ini telah menarik perhatian peminat2 BVE dari seluruh dunia, khususnya daripada negara Jepun (negara asal simulator BVE ini dibangunkan), negara2 Eropah (Jerman, Hungry, Perancis, Britain dsb), Amerika, Rusia, China, Korea, Australia, Kanada dan lain2.

Bina dan pasang sendiri komputer lagi best, part 1

Imej
Komputer peribadi atau PC (personal computer) adalah jenis komputer yang paling banyak digunakan atau digunakan dengan meluas sama ada sebagai komputer di rumah, di pusat pengajian dan juga komputer pejabat. Komputer peribadi boleh didapati di dalam bentuk desktop, tower, atau notebook/laptop/netbook. Berbanding komputer jenis lain, PC adalah lebih murah, dan banyak perisian yang dibangunkan untuk platform PC. Komputer PC juga tidak terikat kepada hanya satu pembekal tunggal atau pengilang tunggal, oleh itu ia boleh didapati dalam pelbagai jenama dan juga tanpa jenama. Pengguna juga boleh membina komputer PC sendiri daripada komponen2 utama dan aksesori komputer.  Selain PC, komputer siri iMac atau dahulunya dikenali sebagai Macintosh juga digunakan dengan sedikit meluas sebagai komputer pejabat, komputer di rumah, komputer mudah alih dan juga stesen kerja. Komputer iMac sering kali digunakan dalam DTP (desktop publishing / penerbitan meja). Berbanding PC, komputer iMac hanya bo