Bina dan pasang sendiri komputer lagi best, part 1
Komputer peribadi atau PC (personal computer) adalah jenis komputer yang paling banyak digunakan atau digunakan dengan meluas sama ada sebagai komputer di rumah, di pusat pengajian dan juga komputer pejabat. Komputer peribadi boleh didapati di dalam bentuk desktop, tower, atau notebook/laptop/netbook. Berbanding komputer jenis lain, PC adalah lebih murah, dan banyak perisian yang dibangunkan untuk platform PC. Komputer PC juga tidak terikat kepada hanya satu pembekal tunggal atau pengilang tunggal, oleh itu ia boleh didapati dalam pelbagai jenama dan juga tanpa jenama. Pengguna juga boleh membina komputer PC sendiri daripada komponen2 utama dan aksesori komputer.

Selain PC, komputer siri iMac atau dahulunya dikenali sebagai Macintosh juga digunakan dengan sedikit meluas sebagai komputer pejabat, komputer di rumah, komputer mudah alih dan juga stesen kerja. Komputer iMac sering kali digunakan dalam DTP (desktop publishing / penerbitan meja). Berbanding PC, komputer iMac hanya boleh didapati secara sah daripada pengilangnya iaitu Apple sahaja. Oleh itu harganya biasanya adalah jauh lebih tinggi daripada komputer PC termasuk yang berjenama. Terdapat juga komputer untuk tujuan spesifik seperti workstation @ stesen kerja dan juga pelayan. Komputer pelayan boleh di dapati sama ada dalam tower atau rak.
Komputer peribadi PC tanpa jenama utama dikenali sebagai komputer klon dan ia jauh lebih murah daripada komputer berjenama. Walaupun harganya mungkin murah, itu tidak bermakna komputer klon 100% tidak berkualiti. Begitu juga komputer berjenama walaupun jauh lebih mahal, itu tidak bermakna kualitinya adalah terjamin 100%. Kecacatan dalam pengilangan, produk recall, patch, update, bla, bla ... bukanlah suatu yang asing bagi komputer berjenama. Oleh itu komputer berjenama biasanya mempunyai tempoh jaminan tertentu, menawarkan servis selepas jualan dan juga servis on site.
Walaupun komputer klon tidak berjenama dan boleh dibina sendiri, boleh dikatakan semua komponen komputer yang dibina adalah berjenama, yang dibina @ dikilangkan oleh pengilang2 berjenama dunia. Dan pengilang2 itu juga yang membekalkan komponen komputer kepada pembuat2 komputer berjenama. Misalnya : AMD / Intel untuk mikropemproses CPU, AMD / Intel / Nvidia untuk pemproses grafik, Asus / Gigabyte / MSI untuk motherboard / kad grafik dan komponen lain, dan sebagainya.
Komponen Asas vs Aksesori
Untuk membina sendiri komputer, kita perlu membezakan antara komponen asas, aksesori dan juga peranti rangkaian. Komponen asas adalah komponen2 komputer yang diperlukan supaya komputer itu dapat dihidupkan, dilarikan dan berfungsi. Tanpa komponen asas, komputer langsung tidak dapat berfungsi. Aksesori komputer adalah komponen2 opsyenal di mana tanpa komponen ini komputer masih boleh dilarikan dan berfungsi dengan baik. Komponen rangkaian adalah peranti yang membolehkan komunikasi rangkaian sama ada Internet atau antara komputer setempat.
Komponen Asas (di dalam komputer)
PSU (power supply unit) : membekalkan elektrik secukupnya kepada seluruh komponen dalaman dan juga sebahagian komponen luaran.

Motherboard (M/b, mobo dll) : papan litar utama yang menempatkan semua peranti utama.

Mikropemproses (CPU -central processing unit/ APU-accelerated processing unit) : cip mikropemproses yang menjadi nadi utama komputer. Perbezaan utama antara platform komputer PC dan bukan PC ditentukan oleh senibina dalaman mikro pemproses. Pada hari ini komputer PC adalah berteraskan senibina x86-64 (64bit) yang dimajukan oleh AMD dan x86 (32bit) yang dimajukan oleh Intel. Komputer iMac pada hari ini juga menggunakan mikropemproses PC yang dikilangkan oleh Intel. Contoh mikropemproses bukan PC, ARM, UltraSparc, IA-64 dan lain2. Mikropemproses ARM banyak digunakan di dalam Smartfon dan juga tablet.

Mikropemporses grafik / kad grafik : mikropemproses grafik (GPU) adalah penting di mana ia bertanggung jawab dalam menyediakan paparan pada skrin monitor pengguna. GPU biasanya boleh didapati sebagai kad grafik yang dipasang pada slot PCI-e ATAU bina dalam motherboard (terdapat pada cip chipset motherboard) atau lebih moden lagi ia diintegrasikan bersama mikro pemproses (CPU), yang kemudian dikenali sebagai APU).

Memori RAM : Memori RAM adalah ruang ingatan bagi komputer semasa komputer dihidupkan. Program2 komputer termasuk sistem operasian akan dimuatkan ke dalam memori semasa ia dilarikan. Memori RAM bersifat sementara di mana ia akan terpadam apabila komputer dimatikan. Fungsi utama RAM adalah membekalkan rungan ingatan yang sangat pantas bagi mikropemproses memproses arahan2 yang diberikan kepadanya.


Harddisk : harddisk juga adalah adalah satu ruang storan ingatan komputer. bebeza daripada memori RAM, data di dalam harddisk tidak terpadam selepas komputer dimatikan. Oleh itu harddisk menyediakan ruang ingatan kekal kepada komputer. Fungsi utama harddisk adalah menempatkan program2 perisian yang dipasang termasuk sistem operasi dan juga data2 komputer. Ia juga digunakan untuk menyimpan dokumen atau fail2 pengguna. Terdapat dua jenis harddisk iaitu harddisk cakera magnetik dan satu lagi harddisk cip memori yang dikenali sebagai solid state drive.


Harddisk cakera magnetik menawarkan kapasti yang sangat besar pada harga yang murah dengan kepantasan tinggi. Walau bagaimana pun oleh kerana ia adalah satu peranti mekanikal atau terdapat bahagian bergerak (bermotor), maka ia boleh rosak atau break down selepas tempoh tertentu (selepas beberapa tahun penggunaan). Solid state drive menawarkan kadar baca tulis yang lebih tinggi dan ketahanan yang jauh lebih lama berbanding harddisk mekanikal, namun harganya agak atau sangat mahal dan kapasiiti storannya secara relatif adalah sangat kecil berbanding harddisk cakera magnetik.
Semasa komputer mula dihidupkan (proses boot), selepas BIOS (basic input ouput system) mengimbas dan mengenal pasti peranti yang terdapat pada komputer, BIOS akan cuba melarikan sistem operasian yang terdapat pada media storan kekal yang boleh boot @ bootable (sama ada hardisk / CD/ DVD / USB / bla, bla ...). Jika perisian sistem operasian terdapat pada media boleh boot (bootable disk), sistem operasian itu akan dilarikan dan fungsi komputer seterusnya diserahkan kepada sistem operasian itu. Contoh sistem operasian komputer adalah Windows (Windows XP, Windows 7, Windows 8 dsb).
CPU Cooler : biasanya dibekalkan dalam satu pakej dengan mikro pemproses. CPU cooler atau penyejuk CPU sangat diperlukan bagi membolehkan haba yang dibebaskan oleh mikropemproses dibuang ke sekitaran melalui heat sink (sirip2 logam) secara olakan udara (aliran udara yang melalui heat sink yang ditiup oleh putaran kipas). Jika perlu, anda boleh gunakan high performance cooler atau pun liquid cooler bagi tujuan ini bagi mengantikan cpu cooler yang dibekalkan bersama mikropemproses. Jika mikropemproses anda tidak dibekalkan bersama CPU Cooler, anda perlu membeli CPU Cooler secara berasingan. Antara simptom kegagalan pada Cooler sama ada komputer akan restart sendiri secara tiba2 atau shutdown secara tiba2, dan juga bunyi kipas yang terlalu kuat (asalnya agak senyap atau sememangnya senyap).

Bagaimana dengan mouse, keyboard dan juga skrin monitor?
Aksesori komputer
Mouse, keyboard dan juga skrin monitor walaupun adalah komponen penting bagi membolehkan kita mengendalikan komputer, namun ia tidak dikategorikan sebagai komponen asas. Ya, komputer masih boleh dihidupkan dan dilarikan tanpa mouse, keyboard dan juga monitor. Biasanya komputer pelayan, super komputer dan juga stesen kerja tertentu, seringkali dilarikan tanpa mouse, keyboard dan juga monitor. Ia ditempatkan pada rak kabinet. Contoh:

Mouse : memudahkan interaksi dengan sistem operasian beropentasikan antaramuka grafik pengguna (GUI). dengan penundung mouse (pointer mouse) kita dapat mengawal aplikasi tetingkap yang digunakan. Mouse adalah satu peranti input kepada komputer.

Keyboard : Membolehkan kita menaip teks, atau memberi arahan kepada komputer. Keyboard juga adalah satu peranti input kepada komputer.

Monitor : Memberikan paparan pada komputer yang boleh kita lihat. Dalam bahasa mudah, melalui paparan ini kita dapat mengendalikan atau mengawal komputer sebagaimana yang kita mahu. Kebanyakkan monitor yang dijual di pasaran pada hari ini adalah dari jenis LCD dan yang terbaru adalah LED LCD. LED LCD menawarkan paparan yang lebih jelas dan terang serta kadar contrast yang lebih tinggi. Terdapat juga monitor LCD yang menawarkan fitur touchscreen (skrin boleh disentuh kawal) seperti yang terdapat pada smartfon, tablet dan handfon.

Casing : Casing atau badan komputer menempatkan komponen2 dalaman komputer seperti komponen asas. Ia juga menyediakan badan yang kukuh dan stabil untuk sambungan wayar kepada komponen2 luaran. Selain itu sudah tentu ia melindung komponen dalaman daripada impak luaran atau sentuhan yang perlu dielakkan. Namun, komputer masih boleh dihidupkan dan berfungsi dengan lancar sekalipun ia tidak ditempatkan di dalam casing.

Kad bunyi atau audio bina dalam (on board) : membolehkan komputer memainkan data2 audio dan menyalurkan isyarat bunyi kepada speaker. Ia juga membolehkan kita merakam data2 audio daripada mikrofon atau sumber lain (melalui port line in) ke dalam komputer dan kemudian data2 audio ini boleh disimpan sebagai fail audio.


Speaker (pembesar suara) : fungsinya adalah sebagai mana yang diketahui. Speaker juga adalah satu peranti output kepada komputer.

Mikrofon : fungsinya adalah sebagai mana yang diketahui. Mikrofon juga adalah satu peranti input kepada komputer.

Printer (pencetak) : fungsinya adalah sebagai mana yang diketahui iaitu menghasilkan cetakan pada kertas dan sebagainya. Printer juga adalah satu peranti output kepada komputer.

Scanner (pengimbas) : merakamkan imej digital yang diimbas ke komputer, imej digital ini kemudian boleh disimpan sebagai fail grafik. Scanner juga adalah satu peranti input kepada komputer.

CD / DVD / Blu-ray drive (pemacu CD / DVD / Blu-ray) : adalah peranti yang membaca media storan optikal masing2. Jika pemacu adalah CD / DVD / Blu-ray writer, selain daripada membaca media2 storan optikal itu, ia juga membolehkan kita menyimpan fail pada media stroran optikal itu. Pemacu CD/DVD writer boleh membaca dan menulis pada media CD dan juga DVD.

Tablet : tablet adalah satu peranti input yang menerima input tulisan tangan atau lukisan.

UPS : adalah peranti bekalan kuasa simpanan / kecemasan. di mana jika bekalan kuasa elektrik rumah/pejabat tiba2 terputus, peranti UPS membekalkan kuasa elektrik kepada komputer atau mana2 peranti komputer untuk tempoh tertentu. ini dapat mencegah atau meminimumkan kerosakan pada sistem operasian yang sedang dilarikan atau apa2 kehilangan data.

AVR : penstabil voltan automatik.

Surgeprotector : adalah soket elektrik dengan fitur pelindung daripada kejutan elektrik akibat kilat. Ia membantu dalam mencegah kerosakan komputer dan peranti2 komputer akibat kilat. Namun perlu diingat terdapat batasan sejauh mana kejutan kilat yang mampu ia serap.
![Camera: DCS660C
Serial #: K660C-00979
Width: 2008
Height: 3040
Date: 8/12/02
Time: 17:31:56
DCS6XX Image
FW Ver: 3.0.14
TIFF Image
Look: Product
Antialiasing Filter: Installed
Counter: [18612]
Shutter: 1/60
Aperture: f22
ISO Speed: 160
Max Aperture: f5.6
Min Aperture: f36
Focal Length: 120
Exposure Mode: Manual (M)
Meter Mode: Color Matrix
Drive Mode: Single
Focus Mode: Manual (AF-M)
Focus Point: Center
Flash Mode: Normal Sync
Compensation: +0.0
Flash Compensation: +0.0
Self Timer Time: 2s
White balance: Preset (Fluorescent)
Time: 17:31:56.024
Camera: DCS660C
Serial #: K660C-00979
Width: 2008
Height: 3040
Date: 8/12/02
Time: 17:31:56
DCS6XX Image
FW Ver: 3.0.14
TIFF Image
Look: Product
Antialiasing Filter: Installed
Counter: [18612]
Shutter: 1/60
Aperture: f22
ISO Speed: 160
Max Aperture: f5.6
Min Aperture: f36
Focal Length: 120
Exposure Mode: Manual (M)
Meter Mode: Color Matrix
Drive Mode: Single
Focus Mode: Manual (AF-M)
Focus Point: Center
Flash Mode: Normal Sync
Compensation: +0.0
Flash Compensation: +0.0
Self Timer Time: 2s
White balance: Preset (Fluorescent)
Time: 17:31:56.024](http://lh6.ggpht.com/-srrhlgJrzC4/UgoywKjfNwI/AAAAAAAACVg/mob2g0H4Epc/STD1_F9S623ir2M.jpg?imgmax=800)
Kipas : terdapat beberapa jenis kipas di dalam casing komputer. kipas mikropemproses CPU adalah wajib di mana mikropemproses boleh terlampau panas, rosak atau terbakar jika dikomputer dihidupkan tanpa kipas CPU. Kipas bagi kad grafik adalah sebagaimana reka bentuk kad grafik itu, kipas ini biasanya adalah sebahagian daripada kad grafik. Kipas pada casing belakang dan sisi adalah mengikut keperluan, ia adalah perlu untuk penukaran udara dan mengeluarkan udara panas dari dalam casing. Kawalan udara yang baik dapat memanjangkan hayat komponen2 dalaman PC dan memastikan operasi komputer berjalan lancar.


Water Cooling : adalah kaedah alternatif kepada penyejukan udara. Ia menawarkan kadar penyejukan yang lebih baik terutama untuk sistem overclocking. Ia juga lebih senyap berbanding CPU Cooler udara.

Webcam : digunakan untuk komunikasi video atau merakamkan imej digital/video.

Digital camera : fungsinya adalah sebagai mana yang diketahui. Fail imej digital yang dihasilkan boleh disimpan di dalam komputer atau disunting dengan mana2 perisian suntingan grafik. Gambar kemudian boleh dikongsikan bersama rakan2 atau pembaca di blog, FB, Google Maps, Google Picasa dsb.

Video camera : fungsinya adalah sebagai mana yang diketahui. Fail imej digital yang dihasilkan boleh disimpan di dalam komputer atau disunting dengan mana2 perisian suntingan video. Video kemudian boleh di kongsikan di Internet menerusi Youtube, FB, dsb.

Joystick / apa2 peranti seumpamanya : peranti input untuk permainan komputer, ia memberi lebih kawalan kepada pemain berbanding mouse dan keyboard.

Peranti2 Rangkaian
Digunakan bagi membolehkan komunikasi rangkaian dan juga capaian Internet.
NIC atau network bina dalam onboard : kad antara muka rangkaian (network interface card) yang membolehkan komunikasi menerusi rangkaian komputer. Dua jenis NIC iaitu jenis kabel atau wifi (rangkaian tanpa wayar)







Bluetooth :

Switch :

Router :



Access Point :

Modem broadband : digunakan bagi menghubungkan ke rangkaian Internet menerusi ISP tempatan. Modem broadband talian biasanya dibekalkan bersama router yang mengawal trafik dalaman dan mengarah trafik luaran. Fitur wifi membolehkan rangkaian setempat tanpa wayar untuk jarak tertentu. Terdapat juga modem broadband wireless untuk rangkaian 3G, 4G, WiMax dan sebagainya.

Modem ADSL2+ / Router / WiFI : untuk rangkaian Internet di rumah, langganan Broadband dari TM, wired.

Modem 3G : untuk capaian ke Internet, langganan broadband mobile.

Modem 4G : untuk capaian ke Internet, langganan broadband 4G.

Modem 56kbs : digunakan untuk sambungan Internet dailup atau boleh juga untuk menerima dan menghantar faks menerusi komputer.

Wifi dongle USB : capaian ke WiFi tempatan.

homeplug :


Nota : rupa bentuk router / access point / modem / switch (wired atau wireless) tidak menggambarkan jenis peranti itu. Dalam kata lain bentuk peranti secara fizikalnya mungkin sama walaupun jenis peranti berlainan. Terdapat juga satu peranti dengan beberapa fungsi gabungan, misalnya : modem broadband DSL + wireless access point (wifi) + router.
bersambung ....
Karya IT
Ulasan
Catat Ulasan