Projek GB Maps ギビマップ

Untuk makluman Karya IT sedang giat membangunkan sebuah perisian atau sistem GIS yang berorentasikan Google Maps, yang dikenali sebagai GB Maps ギビマップ. Perisian ini adalah add-on tools untuk simulator keretapi BVE dan OpenBVE, di mana ia akan membantu pengguna mereka bentuk atau melakarkan trek keretapi dan seterusnya menjanakan trek untuk simulator2 BVE/OpenBVE ini. 

Perisian ini adalah sumber terbuka, khususnya untuk peminat2 simulator BVE. Ia adalah sebuah perisian baru dan juga standard baru dalam skopnya, di peringkat antara bangsa. Perisian ini telah menarik perhatian peminat2 BVE dari seluruh dunia, khususnya daripada negara Jepun (negara asal simulator BVE ini dibangunkan), negara2 Eropah (Jerman, Hungry, Perancis, Britain dsb), Amerika, Rusia, China, Korea, Australia, Kanada dan lain2.


Pembaca boleh melayari laman GB Maps ギビマップ di http://gbmaps.karyait.net.my/.

Projek pembangunan perisian boleh didapati di https://github.com/karyait/gbmaps atau http://code.google.com/p/gbmaps/

Sekian harap maklum, terima kasih.

Karya IT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...