Bina dan pasang sendiri komputer lagi best, part 2
Shoping Komputer

Sebelum membeli barangan komputer, kita perlu merancang terlebih dahulu. Apa yang patut dibeli? Nak beli kat mana? yang mana lebih utama? budget? dan sebagainya. Kadang kala kita mungkin perlu merancang masa yang sesuai, bila masa yang sesuai untuk kita membeli dan membina komputer baru.
Harga komponen komputer sering kali turun naik, seperti pasaran matawang forex. Berbeza daripada pasaran mata wang forex, kita lebih mudah untuk menjangka bila barangan komputer akan naik dan bila akan turun. Jika Microsoft melancarkan sistem operasian Windows terbaru, komponen komputer seperti mikropemproses, memori, motherboard dan harddisk mungkin akan naik berganda. Ini kerana pada masa ini ramai pengguna yang mahu menaik taraf komputer mereka bagi melarikan Windows terbaru itu.
Begitu juga pada musim perayaan tertentu, harga komponen komputer mungkin naik. Selain itu bencana alam di negara2 pengeluar komponen komputer juga boleh mengakibatkan bekalan yang tidak mencukupi dan seterusnya harga komponen berkaitan itu akan naik. Sistem kapitalis ... (-_-)
Sila dapatkan harga komponen komputer terkini, di sini : http://www.hardwarezone.com.my/priceLists (kalau bercadang untuk beli di Low Yat). ATAU sila dapatkan harga daripada kedai komputer di kawasan anda. Contoh:

Download (optional)
Untuk memudahkan anda, kami menyediakan fail Microsoft Excel bagi membantu anda membuat kiraan dan perbandingan.Download : https://www.mediafire.com/?fm13y3r59d6u36l (18.84KB)
Anda juga boleh mencipta fail Excel sendiri untuk kiraan ATAU buat satu jadual seperti berikut atau lebih ringkas.
Kiraan
Langkah asas- Tentukan mikropemproses yang akan digunakan. Budget dan sebagainya? AMD atau Intel? ikut selera masing2. Mereka yang memboikot produk Israel, mungkin juga akan memboikot produk Intel kerana Intel adalah pelobi yang menyokong kuat ekonomi Israel. Lihat posting AMD vs Intel. Guna blog search.
Dari segi kualiti pembuatan, tiada istilah mana lagi bagus, mana tak bagus. Pembuatan mikropemproses tidak seperti pembuatan kereta nasional, ketelitian, kejituan proses pembuatan (high-tech), bla, bla ... adalah SOP dalam industri pembuatan cip semi konduktor. Sedikit pencemaran sahaja boleh menyebabkan kecacatan pada produk dan cip tak boleh digunakan.
Dari segi performa CPU, pada masa sekarang Intel kehadapan sedikit kerana ia berjaya mengeluarkan produk yang lebih laju, tetapi harga gila2 mahal. Dari segi penggunaan, kita tidak semestinya memerlukan mikropemproses paling laju, terlaju di dunia, bla, bla. Boleh dikatakan mikro pemproses paling perlahan di pasaran pun sudah cukup optimum untuk melarikan aplikasi2 biasa masa kini. Aplikasi masa kini juga sangat bergantung kepada performa grafik dan jumlah memori, tidak bergantung penuh pada mikropemproses semata-mata.
Tambahan pula adalah sangat rugi jika kita membeli mikro pemproses yang mana harganya terlalu mahal. Ini kerana harga mikropemproses boleh jatuh dengan mendadak dalam beberapa bulan sahaja. Contoh : Beli mikropemprose terpantas pada harga RM3k++ (limited edition), selepas beberapa bulan atau setahun ada produk baru yang lebih laju dan fitur baru. Maka mikropemproses yang berharga RM3k tadi sudah tidak sepadan dengan harganya, tak lagi layak bernilai dengan harga asal. Macam kena tipu jer .... >_<
Berbanding Intel, AMD membariskan GPU/APU untuk grafik berkualiti tinggi, performa tinggi, vivid color, 3D, sokongan multi monitor, multi GPU, bla, bla ... Intel pula target ultra low voltage, pengunaan kuasa rendah dan lebih sejuk. Oleh itu meskipun pengguna i7, tetapi jika grafiknya sekadar Intel GMA, performa grafik serta kualiti grafik dalam game/video/aplikasi mungkin kurang memuaskan berbanding PC yang lebih perlahan tetapi dipadankan dengan GPU AMD/Nvidia. Boleh dikatakan agak balance, pro dan kontra masing2.... - Berdasarkan mikropemproses pilihan, pilih motherboard yang menyokong mikropemproses itu. Konsep paling asas adalah soket mikropemproses mestilah sepadan. Misalnya mikropemproses dengan susunan pin FM2 mestilah menggunakan motherboard dengan soket mikropemproses FM2.
- Kemudian jenis chipset yang digunakan pada motherboard akan menentukan jenis memori yang disokong. Jenis memori juga ditentukan oleh memori controller yang terdapat dalam mikropemproses tertentu. Misalnya mikropemproses jenis APU yang bina dalam bersama GPU, memori controller ... Contoh: motherboard dan CPU menyokong memori DDR III 1866 ke bawah.
- Seterusnya, kita perlu tentukan PSU yang akan digunakan. Berapa kuasa PSU? bilangan kabel kuasa SATA dan mungkin juga panjang kabel sata. PSU murah, kuasa efektifnya rendah, tiada fitur bekalan kuasa tertentu, hanya 1 atau 2 power SATA sahaja dan kipas PSU rendah rpm, bla, bla ... Bukan kata tak bagus atau tak boleh digunakan langsung, cuma fitur dia agak limited dan tak boleh support banyak device. Kalau penggunaan biasa mungkin tiada masalah. Untuk anggaran watt yang diperlukan, dicadangkan anda menggunakan kalkulator ini : http://www.extreme.outervision.com/psucalculator lite.jsp

Contoh : Budget performa + printer
A) BasicPart | Item | Bil | Harga | Jumlah |
CPU | AMD A10 5800K |
1
|
459
|
459
|
M/B | Asus F2A85-M LE |
1
|
279
|
279
|
MEM | Corsair Vengeance DDR3 1600 C9 8GB |
1
|
299
|
299
|
HDD | WD 1TB Blue |
1
|
193
|
193
|
PSU | Gigabyte Powerock 420W |
1
|
89
|
89
|
Case | PSU Full ATX |
1
|
100
|
100
|
Part | Item | Bil | Harga | Jumlah |
DVDRW | Samsung SH-224 |
1
|
55
|
55
|
LCD | BenQ 21.5" GW2255 |
1
|
379
|
379
|
Mouse | Logitech MK200 Keyboard + Mouse |
1
|
45
|
45
|
Part | Item | Bil | Harga | Jumlah |
Printer | HP Deskjet Ink Advantage 2515 |
1
|
229
|
229
|
Spk | EDIFIER M1360 2.1 |
1
|
89
|
89
|
Part | Item | Bil | Harga | Jumlah |
OS | Ms Windows 7 Home Basic (OEM) 64Bit |
1
|
245
|
245
|
AV | Kaspersky Internet Security 2014 (1U) |
1
|
80
|
80
|
Jumlah
|
RM 2,541.00
|
Contoh : Budget performa II
A) BasicPart | Item | Bil | Harga | Jumlah |
CPU | A8 5600K 4 Cores/HD 7540D |
1
|
349
|
349
|
M/B | Asus F2A85-M LE |
1
|
279
|
279
|
MEM | Corsair DDR3 1600 4GB |
2
|
120
|
240
|
HDD | WD 1TB Blue |
1
|
193
|
193
|
Case | Casing w PSU |
1
|
100
|
100
|
Part | Item | Bil | Harga | Jumlah |
DVDRW | Liteon IHAS524-T07 DU |
1
|
55
|
55
|
C.Cooler |
0
| |||
LCD | BenQ 20" GL2023A |
1
|
285
|
285
|
Mouse | Logitech MK200 Keyboard + Mouse |
1
|
45
|
45
|
Jumlah
|
RM 1,546.00
|
Contoh : Budget Minimum
A) BasicPart | Item | Bil | Harga | Jumlah |
M/B | Asrock E35LM1 + AMD Zacate E-240 APU |
1
|
219
|
219
|
MEM | Corsair DDR3 1600 4GB |
1
|
120
|
120
|
HDD | Seagate 500GB |
1
|
157
|
157
|
Case | Casing w PSU |
1
|
80
|
80
|
Part | Item | Bil | Harga | Jumlah |
DVDRW | LG GH24NS90 |
1
|
55
|
55
|
LCD | BenQ 19" G910WAL |
1
|
259
|
259
|
Mouse | Logitech MK100 Keyboard + Mouse |
1
|
39
|
39
|
Jumlah
|
RM 929.00
|
Tip
- Sering kali penjual mengatakan harga yang dipaparkan adalah harga bundle sahaja, iaitu kita boleh dapat harga itu kalau kita beli terus dari kedai itu satu set. Kalau kita beli secara berasingan, harga adalah tinggi sedikit daripada harga yang dipaparkan. Macam scam jer ...
Walaupun begitu, kalau kita datang ke Low Yat sekadar nak beli memori, boleh pula dapat harga yang dipaparkan. Konpius sikit .... - Untuk lebih mudah lagi, anda mungkin perlu runding dengan pekedai. Tengok pakej siap yang mereka jual dan kemudian upgrade mana perlu, misalnya cpu, memori dan harddisk. Suruh kedai kira harga macam mana, lihat toleren antara item dan budget, adakah boleh diterima? maksudnya pembelian itu berbaloi dengan nilai. Kalau ok, boleh teruskan pembelian tetapi beritahu kedai, pasang kita pasang sendiri.
- Adalah satu amalan yang baik juga jika membuat sedikit kajian di internet, melihat spesifikasi terperinci komponen2 yang hendak dibeli, misalnya fitur2 bagi komponen itu. Review item kadang kala kurang tepat terutama mengenai indeks performa, ini kerana pengulas sering kali melihat bahawa kelajuan adalah segala2nya. Dalam kaedah yang kami gunakan adalah menilai adakah performa komputer/ mikropemproses adalah berbaloi dengan nilai yang dilaburkan. Dilaburkan bukan dileburkan .... dua maksud yang berbeza, hi, hi, hi .... ^_^
Iaitu dengan nilai aset yang kita laburkan itu, kita budget ia boleh digunakan selama beberapa tahun. Mungkin sehingga 10 tahun atau lebih. Bagi mereka yang berpendapatan besar atau hobi, mungkin tidak ada masalah untuk kerap bertukar komputer. ^_^
bersambung ....
Selamat membeli belah,
Karya IT
Ulasan
Catat Ulasan