Bina dan pasang sendiri komputer lagi best, part 3

zoom_gl2055
OK selepas kita shopping membeli barangan komputer dalam posting lepas. Dalam posting kali ini kita akan membincangkan pemasangan sendiri komputer daripada komponen2 yang dibeli.

antara komponen yang dibeli ...



Picture-109

kita terangkan sikit ...



Picture 114

harddisk Seagate 1GB  SATA2

Picture 116

LED monitor

Picture 117

Motherboard

Picture 118

CD/DVD writer

Picture 119

keybod+mouse combo

Picture 120

casing

Picture 121

high performance DDR III RAM

Picture 122

Mikropemproses quad-code APU (bina dalam GPU, AMD Radeon HD 7560D).

AWAS !!

Elektrik statik boleh merosakkan cip2 semikonduktor, ini termasuk memori, mikri pemproses, motherboard, harddisk. Sila berhati2. Adalah satu amalan yang baik jika kita gunakan Antistatic Wrist Strap ESD (Electronic Static Discharge) untuk discaj elektrik statik.

Kalau tak ada, ikat dawai tanpa penepat kat pergelangan tangan dan sambung ke war bumi. PASTIKAN tiada kebocoran arus pada wayar bumi, kalau ada kang terkena renjatan elektrik pulak. Pakai test pen. Cara lain adalah semasa buat kerja, tangan/kaki sentiasa sentuh permukaan logam apa2 peralatan elektrik yang disambung ke soket 3 pin.

esd

Pemasangan Komputer

Langkah 1 : Pemasangan CPU dan modul memori



Picture 124

Picture 125

Picture 126

Kita akan mulakan dengan pemasangan modul DIMM (memori).


Picture 127

Picture 128

Pastikan kedudukan pin adalah bertepatan dengan soket DIMM, kalau tidak memori tidak dapat dimasukkan. Lubang ditengah mestilah bertepatan dengan pengalang pada soket.

Picture 129

Selepas sejajar dengan soket, masuk dan tekan modul DIMM perlahan2 ke dalam soket, kiri kanan perlahan2 sampai kekunci tepi dikunci.

Picture 130

Pastikan kekunci sisi masuk dan mengunci DIMM kiri dan kanan modul memori dengan tepat. Kalau tak terkunci, anda perlu ulangi memasukkan memori. Jangan memaksa, kerana ia akan merosakkan DIMM atau soket. Kalau sukar untuk masuk, semak semula kedudukan dan cari punca apa yang menyebabkan modul DIMM tidak dapat dimasukkan.

Seterusnya pemasangan CPU ....

Picture 131

Buka kekunci soket miko pemproses dengan mengangkat pemegang ke atas, seperti rajah. Sila semak kedudukan pin. Pastikan hujung bertanda sejajar dengan tanda pada soket CPU. Pin2 pada CPU akan masuk dengan mudah jika kedudukan pin adalah tepat. Jangan paksa CPU masuk ke soket jika ia tidak masuk dengan mudah atau ada bahagian yang terangkat . Betulkan kedudukan CPU sekali lagi sebelum meletak CPU ke dalam soket.

Contoh : soket FM2


480px-AMD_FM1_CPU_socket_-_closed-top

pins

Picture 132

Turunkan pemegang CPU dan ia akan dikunci.

Picture 133

Langkah 2 : pemasangan motherboard pada casing

CPU dan memori telah dipasang ke motherboard, langkah seterusnya adalah memasang motherboard ke dalam casing. untuk kegunaan biasa, terdapat dua saiz motherboard iaitu Full ATX (saiz penuh) dan microATX (saiz separuh ATX).

Dalam contoh ini, motherboard adalah jenis microATX. Kenal pasti kedudukan skru di mana kita akan letakkan motherboard di dalam casing. Kita mungkin perlu memasang skru tapak pada bahagian dalam casing (ikut reka bentuk casing anda). Tentukan kedudukan skru tambahan yang perlu dipasang dan ikat skru tapak.

Picture 134

Picture 135

Picture 136

Picture 138

pasang penutup port di belakang casing.

Picture 139

pastikan penutup itu masuk dengan betul dan terkunci dengan sesendalnya.

Picture 140

Picture 141

laraskan kedudukan motherboard, supaya semua port tepat pada lubang masing2.

Picture 142

anda mungkin perlu bengkokkan sedikit pelidah besi sesentuh pembumian pada lubang port2 tertentu. pelidah pembumian ini mestilah bersentuhan dengan permukan logam pada soket port. mungkin agak menganjal sedikit (macam spring).

Picture 143

Picture 144

apabila kedudukan port pada lubang telah masuk dengan betul, kekalkan kedudukan motherboard dan laraskan kedudukan lubang skru supaya bertepatan dengan skru2 tapak.

Picture 145

ikat skru dengan lembut pada setiap lubang skru tapak, ikat skru separuh sahaja dahulu. ini akan memudahkan kita membuat pelarasan. setelah kedudukan motherboard tepat, bolehlah diikat baki skru sehingga ketat (tetapi jangan sampai terover ketat).

jika anda mempunyai lebihan kekuatan tenaga, untuk mengelakkan kekuatan berlebihan semasa mengikat skru, anda boleh memutarkan batang besi pada skru driver dengan hujung jari sahaja. nak ikat skru pada casing komputer, tidak memerlukan kekuatan seperti kita mengikat skru pada kereta atau motor. kang loose pula skru pada casing. hi, hi, hi .... ^_^

Langkah 3 : pemasangan kipas CPU

seterusnya kita akan memasang kipas CPU. nama lain bagi kipas CPU, CPU cooler. dalam kejuruteraan/industri sirip pada cooler ini dipanggil heat sink. biasanya kipas CPU adalah bundle dengan mikropemproses, namun untuk versi black edition (unlock version untuk overclocker) ia mungkin tidak dibekalkan. Atau anda boleh membeli cooler lain yang lebih baik prestasi penyejukan CPU bagi mengantikan cooler bundle ini. alternatif lain adalah menggunakan water cooler, macam radiator kereta.


Picture 146

terdapat heatsink compound (lupa apa nama dia tah) yang macam pelekat pada contact point cooler dengan cpu. bahan ini diperlukan bagi mengisi ruang2 (gap) antara CPU dan cooler supaya permukaan yang bersentuhan dapat bersentuhan dengan baik. jika terdapat gap antara CPU dan cooler, haba dari CPU tidak dapat dipindahkan secara efektif ke cooler. ini akan menyebabkan suhu CPU lebih tinggi daripada normal dan CPU akan mudah overheat (lampau panas). salah satu simptom cpu overheat adalah komputer shutdown/restart sendiri. tetapi perlu diingatkan bukan 100% masalah komputer restart/shutdown sendiri adalah disebabkan oleh CPU overheat.

Picture 147

letak cooler cpu dengan cermat atas cpu, pastikan selak masuk pada sesendal di soket dan kemudian kunci kipas. cara pemasangan cpu ABC, ditunjukkan dalam buku panduan cpu yang dibekalkan bersama dalam pek cpu.

Picture 148

kemudian sambung wayar kipas pada connector cpu fan di motherboard. anda perlu merujuk buku panduan motherboard bagi mendapatkan kedudukan connecter, pin dan jumper yang terdapat pada motherboard.

Picture 149

Langkah 4 : pemasangan connector2 kuasa

sekarang kita akan pasangkan connector kuasa pula. penyambung wayar adalah seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah. untuk model baru atau motherboard dengan standard baru, terdapat connector 12V tambahan untuk kuasa.

Picture 150

Picture 151

connector kuasa 24pin

Picture 152

masukkan connector kuasa 24pin pada soketnya, kedudukan klip mestilah pada sesendal. connector tidak akan masuk jika dimasukkan secara terbalik.

Picture 153

pastikan klip connector mengunci soket dengan baik, masuk dengan betul. lihat gambar di bawah.

Picture 154

seterusnya masukkan connector ATX 12v 4 pin pada soketnya.

Picture 155

pastikan connector diklip dengan betul pada tempatnya.

Picture 158

Langkah 5 : Pemasangan connector led2 indicator dan juga suiz

Kedudukan pin adalah mengikut model motherboard, sila rujuk buku panduan motherboard. keterangan pin juga terdapat pada label2 di motherboard. Sambungkan semua connector pada tempatnya, ini termasuk connector USB. Pastikan kedudukan pin yang betul semasa menyambung connector pada soketnya di motherboard. Label connector adalah mengikut pengilang casing berkenaan.

contoh : connector lampu led power

Picture 159

contoh : connector internel speaker/buzzer pada tempatnya. begitu juga connector port USB hadapan telah sambungkan.

Picture 162

contoh : connector lampu LED HDD, suiz reset dan suiz power.

Picture 164

connector2 telah disambungkan.

Picture 165

Langkah 6 : pemasangan harddisk/cdrom/dvd rom / writer

Pasangkan harddisk dan CD/DVD writer pada slot masing2 di casing terlebih dahulu. kemudian ikat skru. Untuk harddisk utama, sambungkan kabel data SATA ke  harddisk dan hujung yang satu lagi ke pada soket SATA-0 di motherboard.

Picture 166

Tak dapat nak pastikan secara tepat kedudukan terbaik untuk harddisk, sama ada menegak ker, baring ker, mengiring ker. Tetapi rasanya kedudukan harddisk boleh mempengaruhi jangka hayat bagi harddisk itu. Komputer brandded, kedudukan harddisk biasanya bukan baring. Adakah kerana design casing atai ada sebab lain?

Kedudukan harddisk adalah mengikut design casing, nak letak kat atas ke, kat bawah ker. Dalam contoh ini kami memilih kedudukan paling bawah kerana untuk menggurangkan impak gegaran jika casing berlanggar dengan sesuatu (misalnya tersepak, tertendang, tersiku dsb). Satu lagi sebab ia paling dekat dengan permukaan luar body casing. Secara teori supaya haba kepanasan harddisk mudah dipindahkan ke body casing bagi merendahkan suhu harddisk semasa larian. Jadi harddisk tak la panas sangat, oleh itu jangka hayat harddisk boleh jadi lebih lama.

Picture 167

sambungan kabel SATA pada DVD/CD writer.

Picture 168

DVD/cd writer masuk betul pada slotnya.

Picture 169

sambungan kabel data dan power pada harddisk

Picture 170

Picture 171

Picture 172

Langkah 7 : Kemasan wayar dalaman

ikat wayar berselirat dengan pengikat kabel, tapi jangan terlalu ketat.

Picture 173

Picture 175

Picture 176

Picture 177

pastikan tidak apa termasuk wayar yang menghalang aliran angin kipas CPU

Picture 178

oleh kerana kita tiada apa2 urusan lagi dengan bahagian dalaman PC, kita boleh tutup penutup casing.

Picture 179

Picture 180
Picture 181


Picture 182

Langkah 8 : Hidupkan PC dan tetapan BIOS

Sambungkan keybod dan mouse pada connector masing2. Jika keybod dan mouse jenis PS/2, sambungkan ke port PS/2. Jika connector keybod/mouse jenis USB, sambungkan ke mana2 port USB di belakang.

Sambungkan kabel data monitor ke port VGA/DVI/HDMI (mengikut jenis connector LCD monitor).

Seterusnya sambungkan power cable pada komputer dan lcd monitor masing.

On kan suiz power di soket dan kemudian pada monitor dan LCD.

Pada kali pertama komputer dihidupkan, sila masuk ketetapan BIOS dengan menekan kekunci tertentu ketika komputer sedang di boot. Lihat buku panduan motherboard, kekunci apa yang untuk masuk ke bios setup.

Apabila anda berjaya masuk ke BIOS setup, tetapkan tarikh dan waktu.

Tetapkan boot prioriti bermula dengan hardisk 0, diikuti CD/DVD drive.

Jika perlu anda boleh membuat tetapan audio, grafik dsb. Lihat buku manual untuk spesifikasi setup.

Picture 183

Pastikan anda menyimpan tetapan semasa keluar daripada BIOS setup. Sebelum reset, masukkan cd/dvd pemasangan Windows (bootable CD/DVD) ke dalam drive CD/DVD.


Picture 184

Langkah 9 : Pemasangan Windows

Oleh kerana tiada boot rekod pada harddisk, komputer akan cuba boot daripada CD/DVD. Program pemasangan Windows akan dilarikan. Lihat panduan pemasangan Windows dalam blog ini jika perlu.

Picture 186

Langkah 10 : Pemasangan driver motherboard dan lain2 driver.

Selepas pemasangan Windows selesai, komputer reboot dsbnya. Kita perlu memasang driver motherboard, dengan CD driver yang dibekalkan bersama motherboard. Ikuti panduan pemasangan driver yang diberikan dalam buku manual motherboard. Lain bod lain aplikasinya, tetapi konsep adalah sama.

Picture 187

Pastikan semua driver dipasang dengan betul, tiada apa2 error. Lihat device manager.

Picture 188

Langkah 11 : permasangan perisian dan penukaran tetapan.

Pemasangan perisian adalah ikut suka anda. Anda juga mungkin mahu menukar wallpaper dan sebagainya.

Picture 189

Antara perisian yang biasa dipasang
  • perisian Office : sama ada Ms Office (Word, Excel, PowerPoint, Access, Outlook) atau Apache OpenOffice (percuma / opensource)
  • pemain audio : WinAmp / Windows Media Player / GOM Audio dsb
  • pemain Video : GOM Player / Windows Media Player / VLC Player / Zoom Player dsb
  • browser : Mozilla FireFox, Google Chrome, Opera
  • klien Emel : Mozilla ThunderBird, Outlook
  • messenger : MSN Messenger, Yahoo Messenger
  • perisian CD/DVD writer : biasanya bundle bersama CD/DVD writer, Contoh Nero
  • utiliti Zip : 7zip
  • perisian AntiVirus/Sekuriti : Kaspersky, ESET, AVG dsb
  • apa2 games
lain2 perisian adalah mengikut keperluan / keinginan anda.

Langkah 12 : Testing 123 ....

Buka aplikasi yang dipasang satu persatu, adakah ia berfungsi dengan baik? adakah aplikasi itu boleh dibuka tanpa sebarang ralat? open fail, save dan close application? Kalau tak ada error maka pemasangan aplikasi itu ok, no problem.

Salah satu kaedah untuk menguji kestabilan komputer yang dipasang adalah dengan melarikan suatu aplikasi dengan resource tinggi selama beberapa minit (15minit++). Misalnya apa2 games 3D. Pastikan CPU utilization 100% atau hampir, dan biarkan suhu CPU naik? Tentukan kenaikan suhu paling tinggi? dan tentukan juga suhu dalam keadaan normal?

Dalam pemasangan ini, didapati suhu mikropemproses pada keadaan biasa agak tinggi. Kalau tak silap kira2 50oC atau lebih pada suhu biasa (siang hari) cuaca di malaysia. Mungkin masalah ini disebabkan ketiadaan air duct pada design casing ini. Oleh itu kami memindahkan kedudukan kipas pada belakang casing (lihat gambar casing di atas) ke bahagian sisi iaitu sebelah (bertepatan dengan kipas mikropemproses di dalam).
Suhu normal CPU dapat di turunkan ke sekitar 44~47oC, lupa suhu dia berapa (komputer yang dipasang ini adalah komputer klien. beli masa awal tahun ini). Ini masih tinggi jika dibandingkan dengan komputer lama yang ada air duct, suhu normal 38~44oC. Suhu yang lebih tinggi ini mungkin disebabkan mikropemproses adalah jenis APU, di mana GPU high end (AMD 7000series GPU) bina dalam. Logiik juga ... ^_^

Apa yang bestnya?

Mungkin ada pembaca yang akan bertanya sebegini. Bestnya adalah setiap spec komputer, kita yang tentukan sendiri berdasarkan budget yang ada.

Harga komputer tidak terlalu mahal macam komputer2 branded dan tetapi kualiti kita dapat kawal tidak seperti komputer klon pakej siap yang dijual oleh kedai2 komputer. Komputer branded bagusnya adalah jaminannya, tapi kalau sikit2 kena call servis center. Adakah itu bermaksud kualiti produk branded adalah terbaik?

Komputer klon pasang sendiri, kita boleh tentukan spec-nya A-Z. kalau kita ada lebih budget kita boleh dapatkan komponen high-end yang lebih mahal dan berkualiti tinggi. Misalnya design casing gaming yang grand, PSU yang advanced, high-end CPU, high-end GPU/kad grafik, high-end motherboard dan macam2 lagi.

Contoh:
ae-sycloneii-both-large


Selamat Mencuba

Karya IT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...