Jom belajar programming dengan Visual Basic .net !!! ^_^
Adakah anda berminat untuk mempelajari pengaturcaraan komputer? Tak tahu di mana hendak bermula? Sehingga kini anda masih tidak jelas tentang konsep pengaturcaraan komputer? Atau anda menghadapi kesulitan mempelajari bahasa-bahasa pengaturcaraan? sukar difahami, terlalu canggung?
Basic adalah sebuah bahasa pengaturcaraan yang dicipta untuk memudahkan pembelajaran komputer. Ia mudah difahami kerana ia menggunakan sintaksis (perkataan) bahasa manusia yang anda boleh fahami dengan mudah. Walaupun begitu bahasa pengaturcaraan Basic telah banyak berkembang maju, pada hari ini kita boleh membangunkan aplikasi2 komersil, aplikasi kustom dengan lebih mudah menerusi bahasa pengaturcaraan Visual Basic edisi .NET.
Bahasa pengaturcaraan Visual Basic juga digunakan dalam pembangunan aplikasi pantas (RAD, rapid application development). Misalnya bagi merealisasi suatu konsep logik aturcara. Pendek kata anda boleh belajar dan menguasai pengaturcaraan pelbagai jenis aplikasi sama aplikasi mudah, aplikasi grafik, permainan, aplikasi bagi tujuan komersil, aplikasi kustom yang ditempah, aplikasi kejuruteraan, sistem kawalan, utiliti bagi sistem operasian, aplikasi pangkalan data, MIS, AI dan sebagainya menerusi bahasa pengaturcaraan Visual Basic edisi .NET.
Dapatkan buku Kuasai Visual Basic edisi .NET, jilid 1 dan jilid 2. Buku ini ditulis bagi membantu para pembaca menguasai pengaturcaraan dari konsep yang paling asas ke pengaturcaraan aplikasi sebenar. Pengaturcaraan berorientasikan objek, pengendalian fail, XML, kriptografi, pengaturcaraan berbilang jalur (multithread), servis Windows, aplikasi pangkalan data, pengaturcaraan rangkaian dan penyetempatan (localization) turut dibincangkan dan contoh2 aplikasi diberikan di dalam buku ini.
Penulis juga di samping itu cuba membuang tanggapan bahawa pengaturcaraan komputer adalah sesuatu yang terlalu menakjubkan sehingga ia sukar untuk dipelajari atau dikuasai dengan baik. Tanggapan bahawa hanya mereka yang mempunyai otak seperti komputer mampu menulis atur cara dengan baik, itu hanyalah satu cerita dongeng dulu kala. Percaya atau tidak, pengaturcaraan mempunyai kaitan dengan kehidupan sosial dan minda pengatur cara itu sendiri. Di sinilah lahir kesenian dalam sesebuah atur cara komputer.
Tajuk : Kuasai Visual Basic Edisi .NET - Jilid 1,
Sub tajuk : Fundamental Pengaturcaraan
ISBN : 978-967-370-068-4
Publisher : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
Tahun diterbitkan : Februari 2014
Harga : RM32.50
Tebal buku : 355 muka surat
Kandungan
- Konsep pengaturcaraan
- Algoritma Pengaturcaraan
- Visual Basic dan .NET Framework
- Struktur atur cara VB.Net
- Kepelbagaian jenis data asas
- Gegelung dan kawalan syarat
- Pelbagai operator VB.Net
- Array
- Manipulasi data jenis String
- Skop dan Aras capaian
- Sub prosedur dan Fungsi
- Kendalian fail dan aliran data
- XML dan LINQ
- Enkripsi data dan kriptografi
Tajuk : Kuasai Visual Basic Edisi .NET - Jilid 2,
Sub tajuk : Fundamental Pengaturcaraan
ISBN : 978-967-370-068-4
Publisher : Venton Publishing (M) Sdn. Bhd.
Tahun diterbitkan : Februari 2014
Harga : RM32.50
Tebal buku : 355 muka surat
Kandungan
- Pengaturcaraan visual dengan tetingkap Form
- Reka bentuk tetingkap kustom
- Pengaturcaraan grafik
- Penyetempatan (localization)
- Pengaturcaraan Berorientasikan Objek
- Pengaturcaraan COM / API Windows
- Pengaturcaraan berbilang jalur (multithreading)
- Komunikasi rangkaian dan Internet
- Aplikasi database SQL
- Aplikasi servis Windows
- Membina pemasangan perisian
- Overbiu WPF (Windows Presentation Foundation).
Maklumat lanjut/pembelian secara online sila layari ...
- http://www.karyait.net.my/2014/02/kuasai-visual-basic-edisi-net-jilid-1.html
- http://www.karyait.net.my/2014/02/kuasai-visual-basic-edisi-net-jilid-2.html
Karya IT
Ulasan
Catat Ulasan