Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...

Sebelum kita mulakan, untuk mereka yang tak tahu ... benchmark atau tanda aras adalah satu ujian atau siri ujian bagi mengukur prestasi perkakasan dan perisian, ataupun kelajuan rangkaian (dalam konteks IT & komputer). Untuk tujuan ini kita perlu gunakan perisian benchmark yang khusus. Bagi mengukur kelajuan rangkaian, kita boleh gunakan mana2 hos servis benchmark rangkaian/internet online. Tujuan benchmark rangkaian? kita boleh gunakan ujian ini bagi menilai prestasi rangkaian internet kita atau mengenal pasti permasalahan rangkaian, sama ada rangkaian Internet beroperasi pada tahap optima atau performanya terlalu rendah.