Resolusi dan saiz gambar digital

Penggunaan kamera digital, smartfon atau apa2 telefon berkamera memudahkan kita mengambil gambar dan terus upload ke internet (facebook, blog, bla, bla...). Tetapi gambar berkualiti tinggi terutama daripada kamera digital begitu tidak sesuai untuk terus di upload ke Internet khususnya laman web atau blog atau FB. Kenapa? Ini kerana saiz fail gambar itu mungkin terlalu besar, dalam beberapa mega byte. Ini akan menyebabkan proses uploading dan loading laman web atau Internet umumnya, akan menjadi perlahan atau sangat perlahan. Kesan ini sangat ketara kepada mereka dengan talian internet perlahan dan talian Internet yang dibebani dengan koata2. Sementara itu jika anda jurugambar profesional, anda mungkin mahu membezakan gambar yang dipaparkan di blog/laman web dengan gambar jualan yang berkualiti tinggi.