Resolusi dan saiz gambar digital

Penggunaan kamera digital, smartfon atau apa2 telefon berkamera memudahkan kita mengambil gambar dan terus upload ke internet (facebook, blog, bla, bla...). Tetapi gambar berkualiti tinggi terutama daripada kamera digital begitu tidak sesuai untuk terus di upload ke Internet khususnya laman web atau blog atau FB. Kenapa? Ini kerana saiz fail gambar itu mungkin terlalu besar, dalam beberapa mega byte. Ini akan menyebabkan proses uploading dan loading laman web atau Internet umumnya, akan menjadi perlahan atau sangat perlahan.
Kesan ini sangat ketara kepada mereka dengan talian internet perlahan dan talian Internet yang dibebani dengan koata2. Sementara itu jika anda jurugambar profesional, anda mungkin mahu membezakan gambar yang dipaparkan di blog/laman web dengan gambar jualan yang berkualiti tinggi.
Kenapa fail gambar berkualiti tinggi terlalu besar, apakah sebabnya? Ini adalah kerana untuk mendapatkan gambar berkualiti tinggi, fail gambar disimpan pada resolusi tinggi (dalam unit dpi) dan keluasan ukuran gambar itu lebar x tinggi (keluasan piksel) yang besar.
Tiada perbezaan dapat dilihat di skrin walaupun gambar berbeza resolusi dpi tetapi saiz gambar adalah sama. Kiri 1000dpi dan kanan 10 dpi, petikan dari http://www.rideau-info.com/photos/mythdpi.html.


Kenapa perlu gambar berkualiti/ beresolusi tinggi dan saiz besar? Kita perlukan berkualiti tinggi di dalam cetakan, supaya gambar yang dicetak adalah jelas, terang, halus, tanpa piksel2 kasar. Kita tidak boleh gunakan gambar kecil dan kemudian di resaiz (tarik) dalam cetakan, gambar yang kasar dengan titik2 piksel ketara akan diperolehi dalam hasil cetakan. Walaupun titik piksel tidak kelihatan di skrin selepas gambar di resize, tetapi apabila dicetak ia mungkin sangat ketara.
Contoh gambar kecil yang diperbesarkan dan mengakibatkan titik piksel jelas ketara.


Bagaimana dengan skrin? Resolusi skrin adalah rendah, biasanya 72dpi atau 96dpi. Mana kala resolusi cetakan pula adalah tinggi, dari 300dpi ke atas.
Untuk aplikasi web berbentuk galeri foto online, misalnya Google Panoramio, Instagram, Google Picasa dan seumpamanya, anda boleh mengupload gambar asal tanpa menukar resolusi/saiz kerana aplikasi galeri akan membuat beberapa salinan resolusi skrin dan saiz lebih rendah secara automatik mengikut tetapan atau polisi.
Aplikasi2 laman sosial seperti FB, Google+ dsb juga melakukan perubahan gambar di upload secara automatik. Walau bagaimana pun saiz fail yang besar tetap mengambil masa untuk diupload terutama pada talian berkelajuan rendah, trafik tinggi dan masalah koata pada talian dengan batasan koata pemindahan data.
Apakah faktor2 utama yang mempengaruhi kualiti sesebuah gambar?
- Saiz (dalam piksel) imej digital.
- Kualiti peranti rakaman (optik kamera dan sensor, sensor pengimbas).
- Format digital gambar disimpan (Mampatan Lossless (Tanpa Kehilangan) vs dengan kehilangan).
- kemahiran teknikal dan "pandangan mata" jurugambar.

Apa itu resolusi dpi dan saiz gambar?
DPI bermaksud Titik Per Inci yang secara teknikal ertinya titik pencetak per inci. Hari ini ia adalah satu istilah yang sering disalahgunakan, biasanya bermaksud PPI, yang bermaksud Piksel Per Inci. Oleh itu, apabila seseorang berkata mereka mahu foto yang lebih 300 dpi mereka benar-benar bermakna bahawa mereka mahu 300 ppi.PPI adalah aritmetik yang mudah, ia adalah dimensi piksel foto digital ini dibahagikan kepada saiz kertas untuk dicetak. Gambar digital sendiri tidak mempunyai PPI, PPI hanya berlaku apabila ia dicetak.
Resolusi gambar digital adalah piksel, secara am dinyatakan sebagai Megapiksel atau MP - juga aritmetik mudah, dimensi piksel horizonal sesuatu gambar di didarab dengan dimensi piksel menegak.

A 10 × 10-pixel image on a computer display usually requires many more than 10 × 10 printer dots to accurately reproduce, due to limitations of available ink colors in the printer; here, a 60x60 grid is used, providing 36x the original density, compensating for the printer's lower color depth. The whole blue pixels making up the sphere are reproduced by the printer using different overlaid combinations of cyan, magenta, and black ink, and the light aqua by cyan and yellow with some "white" (ink-free) print pixels within the actual image pixel. When viewed at a more normal distance, the primary colored stippled dots appear to merge into a smoother, more richly colored image. - Wikipedia
Bagaimana menukar resolusi dpi dan saiz gambar?
Pertama jika anda mengambil gambar khusus untuk blog, FB, laman web atau aplikasi online, anda boleh pilih tetapan saiz gambar pada kamera digital/smart fon. Oleh itu anda lebih mudah untuk terus upload tanpa menukar saiz gambar. Contoh saiz : 640 x 480 piksel.Jika anda mengambil foto untuk koleksi gambar terutama dengan kamera digital, anda mungkin perlu menimpan gambar asal bersaiz besar dan membuat salinan baru gambar bersaiz kecil untuk aplikasi online.
Untuk resaiz gambar, anda perlukan perisian suntingan grafik. Misalnya Adobe Photoshop, CorelPaint, Gimp, dan sebagainya.
Perisian percuma :
- Gimp http://www.gimp.org/downloads/
- Paint.net http://www.getpaint.net/download.html
- IrfanView http://www.irfanview.com/
- Artweaver http://www.artweaver.de/en
Contoh : Adobe Photoshop CS5
saiz fail imej asal = 4608 x 3456 piksel, 180dpi (4.27 MB)

menu Image > Image Size.

resize ke 600 x 450 piksel, 72dpi


zoom kembali ke 100%, saiz on skrin

simpan fail, menu File > Save for Web & Devices ...


hasilnya ...

saiz fail kini cuma 46.9 KB sahaja, penjimatan ruang storan web/data transfer sebanyak 98.93%.
Contoh : GIMP
saiz asal fail : 4608 x 3456 piksel, 180dpi (4.35 MB), panduan dalam format animasi GIF.


saiz fail kini cuma 71.6 KB sahaja, penjimatan ruang storan web/data transfer sebanyak 98.4%.
Contoh : Paint.net
saiz asal fail : 4608 x 3456 piksel, 180dpi (3.08 MB), panduan dalam format animasi GIF.


saiz fail kini cuma 59.8 KB sahaja, penjimatan ruang storan web/data transfer sebanyak 98.1%.
Contoh : IrfanView
saiz asal fail : 4608 x 3456 piksel, 180dpi (2.90 MB), panduan dalam format animasi GIF.


saiz fail kini cuma 48.1 KB sahaja, penjimatan ruang storan web/data transfer sebanyak 98.4%.
Saiz fail yang kecil yang di resize sekitar 100KB atau kurang dapat menjimatkan ruang storan aplikasi online, juga koata data transfer dan mempercepatkan proses loading dan uploading gambar.
Selamat mencuba, terima kasih.

Karya IT
Bacaan lanjut
Ulasan
Catat Ulasan