Bagaimana Membuat Pembayaran untuk aplikasi2 Google Play?

Screenshot_2015-09-03-01-27-08
Jika anda pengguna smartfon Android, adakalanya anda ingin membeli aplikasi atau add-on atau pun games secara online menerusi Google Play Store. Bagaimana jika anda tidak mempunyai kad kredit, bolehkah anda membuat pembelian dengan kad debit atau dengan kaedah lain?
YA! boleh, anda boleh gunakan kad debit Visa atau MasterCard mana2 bank tempatan. Walau bagaimana kad debit Visa Electron mungkin masih tidak diterima pada kebanyakan pembayaran secara online dan semua terminal pembayaran offline kerana ia tidak dapat menyemak baki yang tersedia.
Iklan rasmi Google Wallet oleh Google.

Berikut adalah kad yang diterima oleh pembayaran Google Play atau Google Wallet
  • American Express
  • MasterCard
  • Visa
  • Discover (US only)
  • JCB (Japan and US only)
  • Visa Electron (Outside the US only)
  • Elo (Brazil only)
credit-cards
Jika anda berada di negara2 tertentu anda mungkin boleh membuat pembayaran Google Play menerusi potongan kredit telefon. Lihat senarai di bawah.

Country Carriers Currency
Australia Optus, Telstra AUD
Austria Drei, A1 EUR
Belgium Proximus, BASE Company, Mobistar EUR
Canada Rogers/Fido, Bell Canada, Telus CAD
Czech Republic O2, T-Mobile CZK
Denmark 3 DKK
Germany E-Plus, Deutsche Telekom, o2 EUR
France Bouygues, Free, Orange, SFR EUR
Hong Kong 3 HKD
Hungary Telenor, Magyar Telecom HUF
Indonesia Indosat, Telkomsel, XL/AXIS IDR
Ireland 3, O2 EUR
Italy TIM, Wind Italy EUR
Japan Docomo, KDDI, Softbank JPY
Korea KT, SKT, LGU+ KRW
Mexico Nextel, lusacell MXN
Netherlands KPN, T-Mobile EUR
New Zealand 2degrees NZD
Norway Telenor NOK
Philippines Globe Telecom, Smart Communications, Sun PHP
Poland Orange, Play, Polkomtel / Plus, TMI PLN
Romania Orange Romania RON
Russia Beeline, Megafon RUB
Saudia Arabia Mobily, STC, Zain SAR
Singapore M1, SingTel, StarHub SGD
Slovakia PPF, Slovak Telekom EUR
Spain Movistar, Orange EUR
Sweden 3, Tele2, Telenor SE SEK
Switzerland Swisscom CHF
Taiwan 遠傳電信 Far EasTone Telecom
台灣大哥大 Taiwan Mobile Telecom
亞太電信 Asia Pacific Telecom
台灣之星 T Star
中華電信_Chunghwa Telecom
TWD
Thailand AIS, DTAC THB
Turkey Avea, Turkcell TRY
United Arab Emirates du, Etisalat AED
United Kingdom Three, T-Mobile, O2 GBP
United States AT&T, Sprint, T-Mobile, US Cellular, Verizon USD

Langkah 1 : Memiliki Kad Debit atau Kad Kredit

Sudah tentu anda perlu memiliki kad debit atau kad kredit bagi tujuan ini. Jika anda tidak mempunyai akaun bank, anda perlu membuka sama ada akaun simpanan atau akaun semasa atau apa2 jenis akaun yang menawarkan servis kad debit Visa atau Masterkad. Tak kisah la apa2 bank, tetapi lebih baik kalau bank komersial utama. Ada yang suka MayBank2U, ada yang CIMB, atau pilih bank yang terdekat untuk memudahkan apa2 urusan di hadapan.
  1. Pergi ke kaunter bank, kata nak buka akaun dan apply kad debit sekali.
  2. Isi borang, bla, bla ...
  3. Apabila akaun dah sedia dan kad boleh digunakan, masukkan simpanan secukupnya atau jika anda bimbangkan faktor keselamatan, anda boleh buat simpan dalam jumlah tertentu sahaja dan akaun ini adalah khusus untuk perbankan online atau Google Play sahaja.
maybank
(gambar hiasan)
Contoh kad debit, yang ini public bank.
34880_b

Langkah 2 : Mendaftar menerusi aplikasi smartfon atau Google Wallet

Anda boleh cuba mendaftar terus menerusi aplikasi Google Play, tetapi jika kad tidak dapat disahkan anda boleh daftar secara online menerusi laman web Google wallet (lihat B).

A) Aplikasi Google Wallet/Play

  1. Pastikan anda terlebih dahulu telah menetapkan akaun Google Mail @ GMail dalam tetapan Google Play anda.
  2. Buka aplikasi Play Store.

    Screenshot_2015-09-02-23-03-06

  3. Slide skrin dari bucu kiri ke kanan atau tap ikon ≡ dan tap My Account.

    Screenshot_2015-09-03-01-36-42

  4. Tap Add payment method.
    Screenshot_2015-09-03-01-07-00

  5. Kemudian tap Add credit or debit card.

    Screenshot_2015-09-03-00-18-07
  6. Masukkan butiran kad.

    Screenshot_2015-09-03-00-18-24


    Screenshot_2015-09-03-00-19-09
  7. Nombor CVC adalah nombor tiga digit di belakang kad.

    card_security_codes
  8. Tap Save.
  9. Tak pasti sama ada arahan pengesahan diberikan atau tidak dengan kaedah ini, ini kerana kad debit Public Bank aku tak dapat disahkan sebagai kad yang sah (nombor kad katanya tak betul walaupun telah dimasukkan dengan betul), jadi aku guna kaedah B di bawah. Kad debit Maybank2u tak ada masalah ini. Atau pun masalah verifikasi itu hanya sementara dan berlaku pada masa itu dan sekarang dah ok. Boleh cuba. ^_^
Adalah satu langkah yang baik jika anda dapat scan virus atau spyware yang terdapat pada smartfon anda terlebih dahulu, sebelum pendaftaran atau membuat pembelian secara online. Ini adalah bagi mengelak maklumat perbankan anda dicuri.
Cadangan guna Kaspersky atau ESET, keduanya adalah jenama perisian antivirus untuk PC yang terbukti reliable atau boleh diharapkan.
Masa tulis artikel ini baru perasan Digi ada support pembayaran untuk Google Play (rasanya la), dulu tak ada. Fitur baru kot. Telco lain tak pasti sama ada  ada atau tidak, kalau ada di menu maka ada la.
Screenshot_2015-09-02-23-08-35
Isikan maklumat pengebilan, alamat anda dan save. Untuk masukkan negeri, anda mungkin perlu tap Back untuk menutup masukkan keybod dan memilih negeri dari menu dropdown.
Screenshot_2015-09-03-00-07-48
Kaedah pembayaran telco disenaraikan.
Screenshot_2015-09-03-01-07-00
Belum cuba lagi kaedah ini untuk pembayaran online. 1st try di bawah.

B) Pendaftaran di Google Wallet

  1. Anda perlu mempunyai akaun Google terlebih dahulu sebelum mendaftarkan kad untuk Google Wallet (misalnya akaun Gmail, Youtube, Google+ atau Blogger dll). Sila daftar akaun Google jika anda masih belum memiliki akaun Google, misalnya daftar akaun GMail.
  2. Layari laman web https://wallet.google.com/ dengan pelayar web anda.
  3. Anda akan diminta untuk log masuk ke akaun Google anda, masukkan username dan password.
    screenshot-accounts-google-com-2015-09-02-19-11-05
  4. Isikan borang maklumat pengebilan dan kad.

    screenshot-wallet-google-com-2015-09-02-18-05-03
  5. Nombor CVC adalah nombor tiga digit dibelakang kad.

    card_security_codes
  6. Kemudian bila sedia, klik Accept and Create.
  7. Sahkan apabila diminta mengikut arahan yang diberikan. Kalau tak silap, kita perlu memasukkan nombor yang dikirim melalui sms dalam form pengesahan.
px1
Selepas pendaftaran bil dengan telco.
px3

Langkah 3 : Pembelian secara online

Contoh : Pembelian dalam aplikasi.
Katakan anda mahu mematikan pengiklanan dalam aplikasi percuma. Ini kerana kadang2 keluar iklan yang tak sesuai dengan anda atau tak kena tempat.
Screenshot_2015-06-30-22-26-04
Kang tak pasai2, orang kata dalam masjid pun tengok gambar hentai. tidaakkkk, aku tak bersalah, aku tak bersalah, .... waa, waa .... hi, hi, hi ... ^_^
Apabila anda mahu membuat pembayaran dalam aplikasi. aik .... ni pembayaran ke derma? konpius .... sib baik bukan derma 2.6 bilion tu, keh, keh keh .... ^_^
Pilih kaedah pembayaran pilihan (jika lebih dari satu) dan tap Buy.
Screenshot_2015-09-03-02-37-34
Buat pengesahan dengan memasukkan kata laluan bagi emel anda. AWAS ! jangan tanda petak NEVER ASK ME AGAIN. Walaupun leceh untuk memasukkan password setiap kali pembayaran, adalah lebih leceh lagi jika duit dalam akaun anda habis dibelanjakan tanpa pengetahuan anda. Tap Confirm.
Screenshot_2015-09-03-02-38-13
Kalau tak ada masalah, pembayaran akan dibuat dan kredit ditolak dari akaun anda atau di bilkan ke kad kredit (bagi pengguna kad kredit). Dalam contoh ini, pembayaran gagal mungkin kerana kredit handfon dah expired. Ha, ha, ha ....  ^_^
Screenshot_2015-09-03-02-39-28

Contoh transaksi yang berjaya dilakukan ....


Keselamatan Smartfon

Anda perlu berhati2 apabila membiarkan smartfon anda digunakan oleh anak2 anda atau orang lain, bimbang kalau pembelian dibuat tanpa pengawasan anda dan seterusnya anda menanggung bil yang tinggi atau akaun bank anda kosong. Oleh itu jangan matikan opsyen tanya password akaun google anda setiap kali membuat pembayaran.
Terima kasih kerana sudi membaca sehingga habis.
Karya IT
3 Sept 2015, 3:33 AM
Rujukan / Bacaan Lanjut

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...