Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...
Sebelum kita mulakan, untuk mereka yang tak tahu ... benchmark atau tanda aras adalah satu ujian atau siri ujian bagi mengukur prestasi perkakasan dan perisian, ataupun kelajuan rangkaian (dalam konteks IT & komputer). Untuk tujuan ini kita perlu gunakan perisian benchmark yang khusus. Bagi mengukur kelajuan rangkaian, kita boleh gunakan mana2 hos servis benchmark rangkaian/internet online.
Tujuan benchmark rangkaian? kita boleh gunakan ujian ini bagi menilai prestasi rangkaian internet kita atau mengenal pasti permasalahan rangkaian, sama ada rangkaian Internet beroperasi pada tahap optima atau performanya terlalu rendah.
Dalam artikel ini kita akan bandingkan dua jenis talian Internet iaitu line 3G Digi dan Streamyx 4Mbps. Untuk makluman, oleh kerana kedudukan rumah aku behampiran menara pemancar telekomunikasi, dalam lingkungan 500meter, kawasan pinggir bandar dan berpenduduk tidak padat. Oleh itu prestasi rangkaian Digi di sini mungkin jauh lebih baik daripada liputan rangkaian 3G di kawasan anda. Satu lagi kami bukan nak promote Digi, jangan salah faham. ^_^
Kita akan uji kelajuan talian Internet itu dengan beberapa servis benchmark online. Kita mulakan dengan talian Internet Digi dengan rangkaian 3G.
Keputusan pertama, WOW! Download > 4Mbps dan Upload > 1.5Mbps. Patut rasa macam laju. Kami selalu juga gunakan Internet Digi sebagai backup apabila streamyx down, lepas kilat dsb dan baik pulih pula ambik masa yang sedikit panjang atau panjang. Not bad ... internet 3G tak la perlahan mana, kelajuannya boleh diterima.
Kita uji dengan hos2 benchmark internet lain pula ....
dengan benchmark yes.
OK, nampak bandwidth download jatuh sikit mungkin ada trafik tinggi untuk seketika. Upload masih sama... OK ... not bad.
bagaimana kalau pakai benchmark TM pula ... macam tak percaya ...
biar betul tm ni, beberapa kali ujian memberi jawapan yang hampir sama.
cuba maxis pula ...
hampir sama dengan keputusan sebelum ini. OK.
begitu juga jaring. alamak jaring dah tutup kedai. untuk makluman benchmark ini di buat pada 29-10-2014 (tahun lepas). tapi tak ada masa nak tulis maka artikel ini lewat untuk diterbitkan.
Apa yang boleh disimpulkan adalah kelajuan intenet 3G not bad, kelajuan uploadnya tinggi 1.5 ~ 1.6 Mbps. Selain daripada kelajuan talian internet yang digunakan, kelancaran talian pelayan hos yang diuji juga memainkan peranan dalam ujian benchmark ini.
Sebagai perbandingan TM streamyx, walaupun pakej internet 8Mbps, namun upload speed telah ditetapkan oleh majlis bla, bla, bla .... maksimum sebanyak 512kbps atau 0.5Mbps sahaja. Pakej baru pun masih 0.5Mbps. Cehhhhh..... bayar jer mahal ..... tapi spec masih zaman batu.
apa yang menarik telemarketer dia cakap, ooo pakej mereka sangat bagus kalau buka emel laju macam kilat ..... fuhhhhhh, panas telinga dengar. Langgan mahal2 sekadar nak buka emel jer ke? Tambah sekarang ini orang ramai guna sosial network, sikit2 bila ada apa2 menarik pengguna smartfon terus snap dan upload. Sudah tentu ini memerlukan kelajuan upload yang tinggi tambah2 lagi kalau home network wifi dikongsi ramai user. masalahnya kita memang tiada pilihan .... internet mahal dan servis ini dimonopoli. alternatif kalau ada pun penyamun juga .... bil semasa tanpa tunggakan kalau lewat bayar pun diburu oleh ajen macam nak gila, asyik berdering. al-maklumlah negara penyamun minta derma ....
berikut adalah benchmark untuk TM Streamyx 4Mbps pula.
Keputusan benchmark boleh diterima, kelajuan network adalah sebagaimana dilanggan. Tiada masalah.
Satu tanda tanya kenapa servis benchmark TM untuk talian internet luar atau bukan TM memberikan bacaan lebih rendah dari nilai sebenar. Jika keputusan benchmark itu fabricated, tindakan TM bukan lah satu tindakan profesional dan TM bekerja secara tidak profesional. Pengguna juga boleh mencurigai keputusan benchmark talian streamyx yang dilanggan mereka. Boleh jadi ia juga fabricated (dipalsukan) bagi menunjukkan kelajuan adalah seperti langganan. Bagaimana?
Kami tak uji line 4G dalam artikel ini kerana masalah tiada coverage dan kami juga hanya ada dongle modem 3G usb sahaja pada masa ini .
Terima kasih kerana membaca.
Karya IT
Ulasan
Catat Ulasan