Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2016

Bagaimana mengatasi sekatan capaian ke atas laman web tertentu?

Imej
Sudah beberapa kali laman web berita sama ada tempatan ataupun antara bangsa atau individu disekat atas sebab2 politik. Alasannya atas keselamatan negara, tetapi apa yang nyata adalah bagi menutup jenayah2 yang dilakukan oleh politikus2 yang korupsi. Jika kita melihat komen2 di media sosial, ramai yang mencadangkan penggunaan proxy bagi melepasi sekatan itu. Gambar di atas sekadar hiasan, website animal planet. ^_^ Sebenarnya kaedah proxy tidak perlu digunakan kerana sekatan itu hanya pada pelayan nama domain ISP tempatan, atau lebih dikenali sebagai DNS server. Pelayan DNS ini digunakan bagi menterjemah nama domain kepada alamat IP hos yang sepadan. Jika alamat  IP hos yang disekat, barulah kaedah proxy perlu digunakan.