Bagaimana mengatasi sekatan capaian ke atas laman web tertentu?
Sudah beberapa kali laman web berita sama ada tempatan ataupun antara bangsa atau individu disekat atas sebab2 politik. Alasannya atas keselamatan negara, tetapi apa yang nyata adalah bagi menutup jenayah2 yang dilakukan oleh politikus2 yang korupsi. Jika kita melihat komen2 di media sosial, ramai yang mencadangkan penggunaan proxy bagi melepasi sekatan itu. Gambar di atas sekadar hiasan, website animal planet. ^_^
Sebenarnya kaedah proxy tidak perlu digunakan kerana sekatan itu hanya pada pelayan nama domain ISP tempatan, atau lebih dikenali sebagai DNS server. Pelayan DNS ini digunakan bagi menterjemah nama domain kepada alamat IP hos yang sepadan. Jika alamat IP hos yang disekat, barulah kaedah proxy perlu digunakan.
Apa yang berlaku?
Apabila pengguna cuba melayari sebuah laman web mengunakan nama domain (misalnya: www.google.com.my), pelayar web akan menghubungi pelayan nama domain ISP bagi mendapatkan alamat hos di mana pelayan web itu terletak dalam dunia internet. Alamat hos ini adalah merupa satu alamat dengan siri nombor bertitik yang dikenali sebagai alamat ip. contoh : 173.194.126.63 (IPv4).
Selepas berjaya mendapatkan alamat IP itu, pelayar web akan menghubungi hos pelayan web berkenaan dan pelayan web akan memproses permintaan dan memberikan halaman web yang dipanggil.
Untuk mengadakan sekatan ke atas domain tertentu, pihak berkenaan menambah tetapan tambahan pada pelayan domain mereka. di mana untuk setiap nama domain yang disekat, alamat hos pelayan itu diubah arah atau dihalakan ke pelayan web lain yang akan memaparkan notis sekatan kepada pengguna.
Operasi Normal (Default):
Sekatan Hos (Diubah hala):
Sekatan hos (jika rekod alamat hos dihapus, unresolved)
Cara Mengatasi Sekatan
Untuk mengatasi sekatan nama domain pada DNS server ISP tempatan, kita perlu tukarkan tetapan DNS server talian Internet kepada pelayan DNS awam (public DNS server) antara bangsa. Misalnya Google DNS Server.
Cadangan public DNS server
Primary DNS Server | 2nd DNS Server | |
Google DNS Server | 8.8.8.8 kalau IPv6, guna 2001:4860:4860::8888 | 8.8.4.4 kalau IPv6, guna 2001:4860:4860::8844 |
Level 3 Public DNS Server | 209.244.0.3 atau 4.2.2.1 | 209.244.0.4 atau 4.2.2.1 |
OpenDNS | 208.67.222.222 | 208.67.220.220 |
Anda boleh guna mana2 kaedah berikut untuk menukar tetapan DNS server talian internet anda
A) untuk modem Router
(bergantung kepada model modem anda, sila rujuk panduan modem router anda jika perlu)
Tetapan talian Streamyx atau lain2 (WAN)
atau tetapan LAN
B) untuk Komputer/notebook dll
tetapan NIC/Wifi
ATAU menggunakan perisian (Windows)
C) untuk smartfon (contoh app)
Masalah Overhead dan Talian Menjadi Perlahan
Jika pihak berkuasa terlalu paranoid dan cuba menapis setiap paket data dan/atau permintaan penyelesaian nama domain (DNS resolver), ini boleh menyebabkan overhed pada pelayan DNS tempatan/router dan seterusnya boleh menyebabkan talian Internet menjadi lebih perlahan daripada sepatutnya. Keadaan ini juga boleh jadi lebih serius jika bandwidth backbone ISP tempatan juga perlahan. Untuk rekod …
atau perbandingan relatif yang lebih mudah difahami …. ^_^
syukurrrrr ….. masih ada negara yang mempunyai talian Internet yang lebih perlahan dari negara kita …. kah, kah, kah … ^_^
Selamat mencuba …
Karya IT
Ulasan
Catat Ulasan