Windows 10 hang setiap kali on PC?
Sebelum ini masalah ini pernah berlaku kat PC aku selepas upgrade ke Windows 10. Tapi selepas Windows Update baru2 ini, masalah ini berulang lagi. Setiap kali Windows 10 start selepas PC di on kan selepas Shutdown, Windows akan hang dan senyap begitu sahaja. Tiada lampu aktiviti harddisk berkedip. Bila force Shutdown (tekan butang power sampai PC off) ATAU tekan butang RESET masa itu untuk reboot PC, lepas tu Windows akan start balik macam biasa. Bila Shutdown dan kemudian on balik PC, masalah ini timbul lagi.