Komputer peribadi atau PC (personal computer) adalah jenis komputer yang paling banyak digunakan atau digunakan dengan meluas sama ada sebagai komputer di rumah, di pusat pengajian dan juga komputer pejabat. Komputer peribadi boleh didapati di dalam bentuk desktop, tower, atau notebook/laptop/netbook. Berbanding komputer jenis lain, PC adalah lebih murah, dan banyak perisian yang dibangunkan untuk platform PC. Komputer PC juga tidak terikat kepada hanya satu pembekal tunggal atau pengilang tunggal, oleh itu ia boleh didapati dalam pelbagai jenama dan juga tanpa jenama. Pengguna juga boleh membina komputer PC sendiri daripada komponen2 utama dan aksesori komputer. Selain PC, komputer siri iMac atau dahulunya dikenali sebagai Macintosh juga digunakan dengan sedikit meluas sebagai komputer pejabat, komputer di rumah, komputer mudah alih dan juga stesen kerja. Komputer iMac sering kali digunakan dalam DTP (desktop publishing / penerbitan meja). Berbanding PC, komputer iMac hanya bo
Ulasan
Catat Komen