Catatan

Windows 10 hang setiap kali on PC?

Imej
Sebelum ini masalah ini pernah berlaku kat PC aku selepas upgrade ke Windows 10. Tapi selepas Windows Update baru2 ini, masalah ini berulang lagi. Setiap kali Windows 10 start selepas PC di on kan selepas Shutdown, Windows akan hang dan senyap begitu sahaja. Tiada lampu aktiviti harddisk berkedip. Bila force Shutdown (tekan butang power sampai PC off) ATAU tekan butang RESET masa itu untuk reboot PC, lepas tu Windows akan start balik macam biasa. Bila Shutdown dan kemudian on balik PC, masalah ini timbul lagi.

Bagaimana mengatasi sekatan capaian ke atas laman web tertentu?

Imej
Sudah beberapa kali laman web berita sama ada tempatan ataupun antara bangsa atau individu disekat atas sebab2 politik. Alasannya atas keselamatan negara, tetapi apa yang nyata adalah bagi menutup jenayah2 yang dilakukan oleh politikus2 yang korupsi. Jika kita melihat komen2 di media sosial, ramai yang mencadangkan penggunaan proxy bagi melepasi sekatan itu. Gambar di atas sekadar hiasan, website animal planet. ^_^Sebenarnya kaedah proxy tidak perlu digunakan kerana sekatan itu hanya pada pelayan nama domain ISP tempatan, atau lebih dikenali sebagai DNS server. Pelayan DNS ini digunakan bagi menterjemah nama domain kepada alamat IP hos yang sepadan. Jika alamat  IP hos yang disekat, barulah kaedah proxy perlu digunakan.

Speedtest atau Benchmark Talian Internet ...

Imej
Sebelum kita mulakan, untuk mereka yang tak tahu ... benchmark atau tanda aras adalah satu ujian atau siri ujian bagi mengukur prestasi perkakasan dan perisian, ataupun kelajuan rangkaian (dalam konteks IT & komputer). Untuk tujuan ini kita perlu gunakan perisian benchmark yang khusus. Bagi mengukur kelajuan rangkaian, kita boleh gunakan mana2 hos servis benchmark rangkaian/internet online.Tujuan benchmark rangkaian? kita boleh gunakan ujian ini bagi menilai prestasi rangkaian internet kita atau mengenal pasti permasalahan rangkaian, sama ada rangkaian Internet beroperasi pada tahap optima atau performanya terlalu rendah.

Bagaimana Membuat Pembayaran untuk aplikasi2 Google Play?

Imej
Jika anda pengguna smartfon Android, adakalanya anda ingin membeli aplikasi atau add-on atau pun games secara online menerusi Google Play Store. Bagaimana jika anda tidak mempunyai kad kredit, bolehkah anda membuat pembelian dengan kad debit atau dengan kaedah lain?

Resolusi dan saiz gambar digital

Imej
Penggunaan kamera digital, smartfon atau apa2 telefon berkamera memudahkan kita mengambil gambar dan terus upload ke internet (facebook, blog, bla, bla...). Tetapi gambar berkualiti tinggi terutama daripada kamera digital begitu tidak sesuai untuk terus di upload ke Internet khususnya laman web atau blog atau FB. Kenapa? Ini kerana saiz fail gambar itu mungkin terlalu besar, dalam beberapa mega byte. Ini akan menyebabkan proses uploading dan loading laman web atau Internet umumnya, akan menjadi perlahan atau sangat perlahan.

Kesan ini sangat ketara kepada mereka dengan talian internet perlahan dan talian Internet yang dibebani dengan koata2. Sementara itu jika anda jurugambar profesional, anda mungkin mahu membezakan gambar yang dipaparkan di blog/laman web dengan gambar jualan yang berkualiti tinggi.

Metasequoia

Imej
Pernah dengar nama perisian ini? Metasequoia adalah sebuah perisian pemodelan poligon 3D, ia dicipta oleh Osamu Mizuno untuk grafik komputer 3D. Ia sering kali disingkatkan sebagai "Metaseq" atau "Meta."

Contoh : model keretapi yang dicipta dengan Metasequoia untuk simulator keretapi RailSim2, diubahsuai untuk BVE 5 Trainsim.



Metasequoia adalah pemodelan patch dan poli. Format perisian ini juga digunakan dalam perisian manga dan juga animasi anime 3D, misalnya ComiPro, MikuMikuDance (MMD) dan lain2. Ia membolehkan mengimport objek 3D secara drag and drop ke dalam perisian manga atau animasi 3D.