Sistem Operasian Microsoft Windows - Bhg 2

(sambungan dari bahagian 1)

Windows 95
Dengan sistem 32 bit sebagai pemain utama pada masa itu, Microsoft memperkenalkan Windows 95 pada tahun 1995. Windows 95 mempunyai antara muka baru, menyokong nama fail yang panjang sehingga 255 huruf (8 huruf dalam Windows 3.x dan DOS), sokongan plug "n" play hardware, dan dapat melarikan aplikasi 16/32 bit.
Windows mula menggunakan taskbar dan start menu
boot screen windows 95
Tetingkap Windows 95, wallpaper boleh ditukar pada desktop properties.


Windows 98
Seterusnya pada 1998, Microsoft melancarkan Windows 98 pula dan edisi kedua Windows 98 pada tahun 1999 yang dikenali sebagai Windows 98 SE. Ia masih berteraskan DOS sebagai boot loader. Ia boleh melarikan aplikasi 16 bit dan juga 32 bit. Antara yang baru dalam Windows 98 adalah Internet Explorer 4, Active Desktop, WDM dan lain-lain.
boot skrin Windows 98.
Start menu Windows 98 dan pelayar web IE4.
Contoh program lama, holy Quran dilarikan pada Windows 98 se.
pemasangan Windows 98.

Windows ME
Kemudian pada pertengahan September 2000, Microsoft melancarkan Windows ME (Mellinium Edition). Ia menggunakan teras Windows 98 yang diperbaiki dan mengadaptasi beberapa ciri daripada Windows 2000.
Tetingkap Windows ME dan Start Menu, ikon berwarna 256 warna lebih colorful dari pada windows 9x, 16 (warna)
boot skrin Windows ME, yang ini selepas setup
pengurus tema Windows, tema windows lebih mudah ditukar.

bersambung ke bahagian 3 ...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Baiki Komputer Sendiri? - Hardware Asas

Data Recovery : Alamak fail terpadam ... adui ya, abis la ...