Wallpaper hadfon mahalnya, buat sendiri lebih jimat ...

Mungkin bagi sesetengah pengguna memuat turun satu wallpaper handfon bernilai 50 sen adalah sangat murah. Namun jika diteliti dan relatif kepada wallpaper komputer, yang biasanya boleh diperoleh secara percuma di Internet, maka wallpaper handfon boleh dikatakan sangat-sangat mahal. Saiznya sangat kecil, pilihan yang terbatas dan lain2 lagi.



Tahukah anda? Anda boleh mengaplikasikan sebarang gambar yang terdapat di Internet sebagai wallpaper handfon anda. Kaedah yang sama juga boleh digunakan di komputer.



Di mana kita boleh mendapatkan gambar atau wallpaper?


Ada banyak kaedah untuk tujuan ini.






Kita boleh jadikan wallpaper komputer sebagai wallpaper handfon. Jika sesuatu gambar terlalu besar, mungkin kita perlu kecilkan saiz gambar ke ukuran yang sesuai. Bagi tujuan ini anda perlu menggunakan perisian grafik yang sesuai. Terdapat banyak perisian grafik di pasaran dari komersial dan profesional seperti Adobe Photoshop ke perisian percuma sumber terbuka seperti GIMP. Anda boleh juga menggunakan perisian Microsoft Paint yang terdapat dalam Windows. Mungkin dalam artikel lain kita akan bincangkan mengenai suntingan gambar.



Perlu diingatkan bukan semua gambar yang boleh didapati di Internet adalah percuma, terdapat juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar bagi tujuan ini. Oleh itu jika sesuatu laman web itu berbayar, anda boleh dapatkan dari sumber lain.

Karya IT

Ulasan

  1. Kalau anda ingin koleksi yang lebih besar atau anda berhasrat
    mencipta lebih banyak laman web untuk bisnes Internet anda,
    saya syorkan anda dapatkan koleksi grafik saya yang lebih
    besar di sini:
    http://gfxhouse.jomniaga.com/go/newuser1/?tads=103

    Dengan lebih daripada 2,500 grafik !

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Baiki Komputer Sendiri? - Hardware Asas

Windows 10 hang setiap kali on PC?