Windows 10 hang setiap kali on PC?



Sebelum ini masalah ini pernah berlaku kat PC aku selepas upgrade ke Windows 10. Tapi selepas Windows Update baru2 ini, masalah ini berulang lagi. Setiap kali Windows 10 start selepas PC di on kan selepas Shutdown, Windows akan hang dan senyap begitu sahaja. Tiada lampu aktiviti harddisk berkedip. Bila force Shutdown (tekan butang power sampai PC off) ATAU tekan butang RESET masa itu untuk reboot PC, lepas tu Windows akan start balik macam biasa. Bila Shutdown dan kemudian on balik PC, masalah ini timbul lagi.Confused smileDisappointed smileCrying face

Masalah ini adalah disebabkan oleh opsyen FastBoot @ Fast Startup diaktifkan. Jika PC anda tidak menghadapi masalah ini, anda tidak perlu mematikan fungsi ini kerana ia akan mempercepatkan performa semasa komputer di onkan.

Bagaimana untuk disable FastBoot?

  • Klik butang Search Windows (kanta pembesar) di task bar dan taip “Choose a power plan”.
power
  • Klik Choose what the power buttons do di menu sebelah kiri.
2017-06-19 14_15_42-Power Options
  • Kemudian klik Change settings that are currently unavailable.
2017-06-19 14_15_54-System Settings
  • Disable atau kosongkan petak Turn on fast startup(recommended).
  • dan kemudian klik button Save changes.
2017-06-19 14_16_04-System Settings
  • Sekarang opsyen Fast startup telah dimatikan.
  • Anda boleh cuba Shutdown dan on balik PC anda.
2017-06-30 12_12_28-System Settings

Selamat Mencuba, Terima kasih. ^^

Smile

Karya IT

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Resolusi dan saiz gambar digital

Baiki Komputer Sendiri? - Hardware Asas

Data Recovery : Alamak fail terpadam ... adui ya, abis la ...